Ingat Mati

20121127-173355.jpg

Sekadar ingatan. Masih belum terlewat untuk berhijrah. InsyaAllah. Semoga Allah menerima taubat hambaNya.

Advertisements

#socialdakwah on #instagram

Assalammu’alaikum Warahmatullah

socialdakwah is on instagram. Click here: @socialdakwah and don’t forget to follow us too! ๐Ÿ™‚

Salamun’alaik

Law Kana Bainana

Hayatilah lagu dan irama serta setiap bait lirik dengan mengingati Rasul junjungan kita Muhammad SAW. InsyaAllah.


Meruntun qalbu. Menitis airmata apabila mengingatkan perit getir perjuangan Rasulullah SAW menyampaikan dakwah Islam sepanjang hayat baginda sehingga baginda wafat.
Apakah balasan kita sebagai umatnya yang amat disayangi? Sayangkah kita kepada Rasulullah sebagaimana baginda menyayangi kita? Semoga kita semua tergolong di dalam barisan bersama-sama panji Nabi Muhammad SAW di padang mahsyar kelak.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุฃูŽุฒู’ูˆูŽุงุฌูู‡ู ูˆูŽุฐูุฑูู‘ูŠูŽู‘ุชูู‡ูุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุตูŽู„ูŽู‘ูŠู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽุŒ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุฃูŽุฒู’ูˆูŽุงุฌูู‡ู ูˆูŽุฐูุฑูู‘ูŠูŽู‘ุชูู‡ูุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุจูŽุงุฑูŽูƒู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽุŒ ุฅูู†ูŽู‘ูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ

Wallahua’lam.

ENTRI GAMBAR: KORBAN AIDILADHA SURAU BANGI PERDANA

Sekitar majlis korban sempena AidilAdha di qariah Surau Bangi Perdana yang berlangsung di perkarangan Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi.ย Sebanyak 12 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah dikorbankan.

Acara bermula seawal 7:30 pagi dan berakhir pada jam 11:30 pagi. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar. Daging korban diagihkan kepada peserta, petugas dan fakir miskin dan ibu tunggal di kawasan Rinching.

Penduduk dijamu oleh masakan gulai daging yang enak selepas solat Zuhur di Surau Bangi Perdana dan diikuti jamuan Sup Kambing selepas solat Isya’.

Semoga Allah meredhai korban yang telah dilaksanakan khususnya kepada penduduk Bangi Perdana dan seluruh umat Islam di serata dunia. Wallahua’lam.

Image
ImageImageImage
ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Perancangan Allah yang Terbaik

20121031-080507.jpg

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

“Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan” pasti biasa dengar kata-kata di atas. Selalu ungkapan ini diucapkan untuk menyedapkan hati setelah musibah samada besar atau kecil datang menimpa namun sedarkah kita bahawa sesungguhnya segala kebaikan juga pun kehendak Allah Taala. Maka hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan bersyukur di atas segala nikmat yang tak terhitung yang diberi kepada kita hambaNya yang terkadang lalai dan lupa mentaati perintahNya dan selalu sahaja melanggar laranganNya.

Sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa dan sentiasa mengingatiNya. Dalam kehidupan yang penuh ranjau onak dan duri, kita tidak terlepas dari ujian Allah. Maka ketahuilah apabila kita diuji tanda Allah menguji keimanan hambaNya. Apalah nilai ujian kita hari ini jika hendak dibandingkan dengan ujian yang diberikan kepada para Anbia’ terutamanya Nabi Muhammad Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah sendiri dan para sahabat baginda.
Namun ketaqwaan dan keyakinan terhadap perancangan Allah yang dipegang kuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta para Anbia’ yang lain membuatkan mereka redha dengan segala ujian yang diberikan. Malah mereka berusaha untuk bangkit dan meneruskan usaha menegakkan agama Allah.

Oleh itu, saya berpesan kepada diri ini dan dikongsi kepada para pembaca supaya berusahalah agar tidak sesekali kita sesalkan atau putus asa malah usah pula menyalahkan takdir atas segala musibah mahupun kesulitan yang dihadapi. Sentiasalah bersyukur dan merasa kerdil dengan nikmat Allah yang diberi percuma di dunia yang ditumpangkan ini.

Sebagai seorang mukmin, berusalah sedaya mampu dan berserah kepada Allah Taala. Nescaya apa yang kita usahakan itu bakal membuahkan hasil.

Mudah-mudahan kehidupan ini diredhai Allah Taala.

Firman Allah Taala:
“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kunia Allah” (QS. Al Jumu’ah (62): 10)

Dari Umar bin Al Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya kalian betul-betul bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Al Hakim. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no. 310)

Wallahua’lam

Assalammu’alaikum

BENCANA ALAM KEWAJIPAN BERMUHASABAH

ุงูŽุนููˆุฐู ุจูุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุฌููŠู’ู…ู
โ€œAku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjamโ€

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงุงุฑูŽู‘ุญููŠู…
โ€œDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihaniโ€

ุฅู† ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ู†ุญู…ุฏู‡ ูˆู†ุณุชุนูŠู†ู‡ ูˆู†ุณุชุบูุฑู‡ ูˆู†ุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุดุฑูˆุฑ ุฃู†ูุณู†ุง ูˆู…ู† ุณูŠุฆุงุช ุฃุนู…ุงู„ู†ุง ู…ู† ูŠู‡ุฏู‡ ุงู„ู„ู‡ ูู„ุง ู…ุถู„ ู„ู‡ ูˆู…ู† ูŠุถู„ู„ ูู„ุง ู‡ุงุฏูŠ ู„ู‡ ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู…ุญู…ุฏุงู‹ ุนุจุฏู‡ ูˆุฑุณูˆู„ู‡
โ€œSegala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan ampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada sesembahan yang berhak diibadahi hanya Allah saja yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah Utusan dan RasulNyaโ€

ุฑูŽุจูู‘ ุงุดู’ุฑูŽุญู’ ู„ููŠ ุตูŽุฏู’ุฑููŠ ูˆูŽูŠูŽุณูู‘ุฑู’ ู„ููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑููŠ ูˆูŽุงุญู’ู„ูู„ู’ ุนูู‚ู’ุฏูŽุฉู‹ู…ูู‘ู† ู„ูู‘ุณูŽุงู†ููŠ ูŠูŽูู’ู‚ูŽู‡ููˆุง ู‚ูŽูˆู’ู„ููŠ
โ€œYa Allah lapangkanlah untuk dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekeluan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataankuโ€

Pada ketika ini kita sering dikejutkan dengan peristiwa bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir besar, tanah runtuh, jerebu, ribut, kemarau dan lain lain lagi. Peristiwa sebegini sebenarnya merupakan peringatan daripada Allah SWT kepada makhluknya agar bermuhasabah tentang diri masing-masing. Dalam al-Quran Allah SWT menceritakan banyak tamadun umat manusia dimusnahkan oleh Allah SWT melalui bencana alam, antaranya kaum Nabi Nuh dimusnahkan dengan banjir, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan gempa bumi dan kaum ‘Aad dimusnahkan dengan ribut taufan tujuh hari tujuh malam. Jelasnya, bencana alam yang memusnahkan kaum-kaum tersebut adalah kerana hukuman Allah SWT atas kekufuran dan kemungkaran mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 40:
ููŽูƒูู„ุง ุฃูŽุฎูŽุฐู’ู†ูŽุง ุจูุฐูŽู†ู’ุจูู‡ู ููŽู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุฑู’ุณูŽู„ู’ู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุญูŽุงุตูุจู‹ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุฎูŽุฐูŽุชู’ู‡ู ุงู„ุตูŽู‘ูŠู’ุญูŽุฉู ูˆูŽู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุฎูŽุณูŽูู’ู†ูŽุง ุจูู‡ู ุงู„ุฃุฑู’ุถูŽ ูˆูŽู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุบู’ุฑูŽู‚ู’ู†ูŽุง ูˆูŽู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ููŠูŽุธู’ู„ูู…ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ุฃูŽู†ู’ููุณูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽุธู’ู„ูู…ููˆู†ูŽ
Maksudnya: โ€œMaka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.”

Peringatan ayat Allah SWT ini hendaklah menjadi pengajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah SWT.

Ketahuilah bahawa setiap bencana yang menimpa manusia mempunyai tiga pengajaran yang berbeza.

Pertama: Bagi mereka yang terselamat daripada bencana, maka bencana yang menimpa orang lain merupakan peringatan bentuk kasih sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya.

Kedua: Bagi orang yang tidak beriman, maka bencana yang menimpa merupakan azab dan siksa dari Allah di alam ini yang disebabkan oleh kekufuran dan kedurhakaan terhadap perintah Allah dan rasul-Nya.

Ketiga: Dengan bencana juga, Allah SWT hendak menunjukkan kepada manusia antara orang yang benar keimanannya dan mana yang tidak beriman.

Perlu difahami bahawa bencana alam juga boleh berlaku disebabkan daripada kesilapan dan kerakusan manusia kerana mengejar kemewahan dunia. Akibatnya sistem ekologi dan keseimbangan alam semesta tergugat .

Insafilah peringatan Allah dalam surah ar-Rum ayat 41:
ุธูŽู‡ูŽุฑูŽ ุงู„ู’ููŽุณูŽุงุฏู ูููŠ ุงู„ู’ุจูŽุฑูู‘ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุญู’ุฑู ุจูู…ูŽุง ูƒูŽุณูŽุจูŽุชู’ ุฃูŽูŠู’ุฏููŠ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ู„ููŠูุฐููŠู‚ูŽู‡ูู…ู’ ุจูŽุนู’ุถูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ุนูŽู…ูู„ููˆุง ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนููˆู†ูŽ
Maksudnya: โ€œTelah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)โ€.

Ayat ini menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah dan menghargai kepada alam semesta. Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan.

Alam yang diciptakan oleh Allah SWT sebenarnya adalah untuk memberi manfaat dan bagi kemudahan manusia dan semua makhluk ciptaan Allah. Bagaimanapun, disebalik setiap kejadian mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perla dihayati oleh manusia sebagai peringatan yang berguna. Oleh itu, sebagai seorang Islam kita dituntut untuk berfikir dan mencari jawapan disebalik rahsia alam yang terbentang luas ini.

Justeru, di dalam al-Quran banyak ungkapan ayat-ayat yang menyeru manusia supaya memerhati, merenung dan memikirkan mengenai kejadian dan fenomena di sekeliling alam ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 101:
ู‚ูู„ู ุงู†ู’ุธูุฑููˆุง ู…ูŽุงุฐูŽุง ูููŠ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃุฑู’ุถู ูˆูŽู…ูŽุง ุชูุบู’ู†ููŠ ุงู„ุขูŠูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู†ูู‘ุฐูุฑู ุนูŽู†ู’ ู‚ูŽูˆู’ู…ู ู„ุง ูŠูุคู’ู…ูู†ููˆู†ูŽ
Maksudnya: โ€œKatakanlah (wahai Muhammad): Perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah),dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.โ€

Menjadi kewajipan semua pihak memastikan bumi yang kita duduki ini terus selamat. Sebarang rancangan pembangunan dan kegiatan sosio ekonomi masyarakat mestilah tidak merosakkan ekologi alam sekitar. Elakkanlah daripada menarah bukit, melakukan pembalakan haram, pembakaran terbuka dan pembuangan sampah yang tidak terkawal. Berusahalah untuk menghindari diri dan tempat tinggal dari sebarang bencana dengan menunai segala perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya, kerana sesungguhnya bencana adalah sebahagian daripada balasan dan ujian dari Allah SWT.

Marilah kita bersama bersatu hati dibawah satu lambang perpaduan, menyemai sikap kasih sayang dan bermuafakat untuk kemajuan demi agama, bangsa dan negara. Mimbar yakin jika semua manusia kembali kepada matlamat kehidupan yang sebenar maka bumi yang kita diami ini akan kembali aman dan tenang serta tiada lagi kegelisahan, ketakutan dan kebimbangan. Marilah sama-sama kita mengurus bumi Allah SWT ini dengan rasa bertanggungjawab, beramanah, jujur bagi mengelak berlakunya kesan buruk terhadap kehidupan, ekonomi dan sosial negara. Ingatlah anugerah Allah SWT ini akan menjadi rahmat kepada kita dan dalam masa yang sama juga boleh menjadi bala bencana serta azab yang tersiksa. Dengan itu seharusnya umat Islam mengambil manfaat dan menambahkan ketakwaan atas kebesaran kejadian Allah ini.

Marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalah surah al-Araf ayat 97-98:
ุฃูŽููŽุฃูŽู…ูู†ูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ู‚ูุฑูŽู‰ูฐ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ุชููŠูŽู‡ูู…ู’ ุจูŽุฃู’ุณูู†ูŽุง ุจูŽูŠูŽุงุชู‹ุง ูˆูŽู‡ูู…ู’ ู†ูŽุงุฆูู…ููˆู†ูŽ
Maksudnya: โ€œPatutkah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?”

ุฃูŽูˆูŽุฃูŽู…ูู†ูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ู‚ูุฑูŽู‰ูฐ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ุชููŠูŽู‡ูู…ู’ ุจูŽุฃู’ุณูู†ูŽุง ุถูุญู‹ู‰ ูˆูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽู„ู’ุนูŽุจููˆู†ูŽ
Maksudnya: “Atau patutkah penduduk negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka leka bermain-main?โ€.

Wallahua’lam

(Sumber: Masjid Negara Kuala Lumpur)

ASSALAMMU’ALAIKUM

ุงูŽุนููˆุฐู ุจูุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุฌููŠู’ู…ู
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam”

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงุงุฑูŽู‘ุญููŠู…
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”

ุฅู† ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ู†ุญู…ุฏู‡ ูˆู†ุณุชุนูŠู†ู‡ ูˆู†ุณุชุบูุฑู‡ ูˆู†ุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุดุฑูˆุฑ ุฃู†ูุณู†ุง ูˆู…ู† ุณูŠุฆุงุช ุฃุนู…ุงู„ู†ุง ู…ู† ูŠู‡ุฏู‡ ุงู„ู„ู‡ ูู„ุง ู…ุถู„ ู„ู‡ ูˆู…ู† ูŠุถู„ู„ ูู„ุง ู‡ุงุฏูŠ ู„ู‡ ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู…ุญู…ุฏุงู‹ ุนุจุฏู‡ ูˆุฑุณูˆู„ู‡
“Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan ampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada sesembahan yang berhak diibadahi hanya Allah saja yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah Utusan dan RasulNya”

ุฑูŽุจูู‘ย ุงุดู’ุฑูŽุญู’ย ู„ููŠย ุตูŽุฏู’ุฑููŠย ูˆูŽูŠูŽุณูู‘ุฑู’ย ู„ููŠย ุฃูŽู…ู’ุฑููŠย ูˆูŽุงุญู’ู„ูู„ู’ย ุนูู‚ู’ุฏูŽุฉู‹ู…ูู‘ู†ย ู„ูู‘ุณูŽุงู†ููŠย ูŠูŽูู’ู‚ูŽู‡ููˆุงย ู‚ูŽูˆู’ู„ููŠ
“Ya Allah lapangkanlah untuk dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekeluan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku”

Ini entri pertama saya, insyaAllah mudah-mudahan Allah memudahkan usaha dakwah saya melalui medium sosial internet. Dengan izin Allah blog ini telah diwujudkan. Mudah-mudahan dengan segala perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam tuntutan berdakwah sebagai seorang Islam seperti di dalam firman Allah di dalam Al-Quran:

ุงุฏู’ุนู ุฅูู„ูู‰ ุณูŽุจููŠู„ู ุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ุจูุงู„ู’ุญููƒู’ู…ูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุนูุธูŽุฉู ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ูˆูŽุฌูŽู€ุฏูู„ู’ู‡ูู… ุจูุงู„ูŽู‘ุชูู‰ ู‡ูู‰ูŽ ุฃูŽุญู’ุณูŽู†ู ุฅูู†ูŽู‘ ุฑูŽุจูŽู‘ูƒูŽ ู‡ููˆูŽ ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุจูู…ูŽู† ุถูŽู„ูŽู‘ ุนูŽู† ุณูŽุจููŠู„ูู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู ุจูุงู„ู’ู…ูู‡ู’ุชูŽุฏููŠู†ูŽ
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.”

Rasulullah (ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ุณู„ู…) bersabda yang bermaksud:
“Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya.”

Marilah kita bersama-sama mengingati Allah dan Rasul-Nya di dalam kehidupan seharian kita dengan memperbaiki dan meningkatkan amalan dan ketaqwaan terhadap Allah Taala serta menjadikan Rasulullah contoh dan teladan yang paling mulia agar kehidupan kita diredhai setiap saat.

Kehidupan ini amat singkat. Menyingkap sebuah kisah yang pernah saya dengar dari seorang pendakwah mengenai kisah di tanah suci Mekah, mengenai seorang lelaki yang agak berusia di dalam Masjidil Haram.

Telah datang seseorang kepadanya (orang tua itu) dan menyapanya dengan salam: “Assalammu’alaikum”

Lalu beliau menjawab: “Wa’alaikumussalam” dan disambung dengan “Allah”

Ditanya lagi oleh pemuda itu: “Apa khabar, Tuan?”

Jawapan yang diterima: “Alhamdulillah. Sihat” dan disambung juga dengan “Allah”

Maka pemuda itu bertanya lagi: “Tuan sudah makan?”

Lalu lelaki itu menjawab: “InsyaAllah. Saya berpuasa hari ini” disambung lagi dengan kalimah “Allah”

Pemuda tadi kebingungan sedikit dengan cara jawapan yang lelaki itu berikan. Mungkin ada hikmah yang besar yang mungkin tidak diketahui olehnya lalu dia menyoal lagi demi merungkai persoalan yang terbuku di hatinya itu.

“Tuan, izinkan saya bertanya tentang satu persoalan. Setiap kali Tuan bercakap, Tuan akan akhiri dengan kalimah Allah. Maafkan saya tetapi saya ingin tahu kenapa Tuan berbuat begitu?” tanya pemuda tersebut

“Hidup ini hanya dua nafas. Satu yang disedut. Satu yang dihembus. Antara dua nafas ini sahaja Allah akan menarik nyawa hambaNya. Samada ketika sedang menarik nafas atau menghembusnya. Saya amat takut sekali seandainya ketika nyawa saya diambil oleh Allah Taala kata-kata terakhir saya tidak menyebut nama Allah. Maka setiap perkataan saya sudahi dengan kalimah Allah. Mudah-mudahan ketika dipanggil menghadapNya itu kalimah terakhir yang terkeluar dari bibir saya ini. Wallahua’lam. InsyaAllah.”

Pengajaran dari kisah di atas bahawasanya kita perlu sentiasa mengingati Allah Taala di dalam kehidupan seharian iaitu setiap saat adalah milik Allah. Dunia ini cuma perjalanan sementara yang amat singkat menuju kehidupan abadi selepas mati. Segala amalan di dunia akan dihitung sebagai bekalan kehidupan yang infiniti itu nanti. Cukupkah amal ibadat yang kita lakukan sebagai bekalan hidup yang panjang itu nanti? Bersama-sama kita perbetulkan, perkemas serta pertingkatkan amal dan taqwa sebagai hamba Allah di dunia sementara ini.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ุฃูŽุฑู’ุณูŽู„ู’ู†ูŽุงูƒูŽ ุจูุงู„ู’ุญูŽู‚ูู‘ ุจูŽุดููŠู’ุฑู‹ุง ูˆูŽ ู†ูŽุฐููŠู’ุฑู‹ุง ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูุณู’ุฃูŽู„ู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ุฌูŽุญููŠู’ู…
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.”
(Al-Baqarah 2:119)

Saya pohon tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari yang membaca blog ini menegur segala kesilapan atau kekurangan agar dapat dikongsi bersama. InsyaAllah.

๏บณู๏บ’ู’๏บคูŽ๏บŽ๏ปงูŽ๏ปšูŽ ุง๏ปŸ๏ป ๏ฑ ๏ปฌู๏ปข๏ฑ  ูˆูŽ๏บ‘ู๏บคูŽ๏ปคู’๏บชููƒูŽ ุฃูŽ๏บทู’๏ปฌูŽ๏บชู ุฃูŽู†ู’ ๏ปปูŽ ุฅู๏ปŸูŽู€๏ปชูŽ ุฅู๏ปป๏ฑ  ุฃูŽ๏ปงู’๏บ–ูŽ ุฃูŽ๏บณู’๏บ˜ูŽ๏ปู’๏ป”ู๏บฎููƒูŽ ูˆูŽุฃูŽ๏บ—ู๏ปฎู’ุจู ุฅู๏ปŸูŽ๏ปดู’๏ปš
โ€œMaha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada ilah selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMuโ€.

Wallahua’lam.