Doa Bulan Rejab Satu Indikator

20130511-092420.jpg

Syukur Alhamdulillah dirafa’kan setinggi-tinggi kepada Allah Jadda Wa’ala kerana masih diberi peluang menikmati hidup dalam Islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ﷺ Syukuri nikmat yang tidak ternilai dari berjuta-juta nikmat Allah yang percuma. Antaranya nikmat iman.

Di dalam surah Ar-Rahman, berulang kali Allah tanyakan “فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ” yang bermaksud: “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” Maka bergetarlah hati seorang hamba Allah yang beriman mengenang dosa-dosanya yang dilakukan walhal Allah tetap memberi nikmat walau dosa dan kemungkaran itu seringkali dilakukan. Maka gugurlah airmata seorang pendosa tadi mengenangkan dosa-dosanya dan sifat Allah yang Maha Penyayang. Semoga airmata itu menjadi pemadam api neraka jahannam nanti.

Janji Allah itu pasti. Syurga Allah itu terlalu indah. Neraka Allah itu amat pedih siksaannya. Sementara Allah beri peluang hidup ini gunakanlah sebaiknya. Masa yang lepas takkan boleh kita dapatkan kembali. Masa yang berbaki entah berapa lama yang Allah beri. Marilah sama-sama kita buat persediaan menghadapi mati dengan perbanyakkan amalan-amalan wajib dan sunnah. Semoga dengan asbab amalan-amalan ini akan memberatkan timbangan amal di hari yang tiada pembela nanti, di hari yg mana mulut terpatri dan kulit jadi saksi.

Sampai kita pada tarikh 1 Rejab bermakna sediakan diri untuk Ramadhan yang bakal tiba. Kalau hari raya, 2-3 bulan dah tempah baju atau langsir. Itu baru dunia. Mungkin untuk dipakai setahun dua atau sepuluh tahun atau 50 tahun. Persediaan untuk kehidupan kekal abadi bagaimana? (Sy tny diri sendiri) Mari sama-sama kita latih, azam dan rancang supaya kita dapat beramal ibadah secara maksima di bulan Ramadhan yang bakal tiba. InsyaAllah. Bisikkan dalam diri, mungkin ini Ramadhan yang terakhir buatku.

Rejab satu indikator bahawa Ramadhan sudah hampir. Jom sediakan diri kita dengan berpuasa sunat, ganti puasa yang tertinggal, mulakan tahajud yang istiqamah, solat berjemaah bg org lelaki, solat-solat sunat rawatib, isyra’, dhuha dsb agar bila tiba Ramadhan nanti sesaat pun kita tak sia-siakan dgn perkara lagho. Allahumma amiin.

Bagaimana nak mula? Pilih suasana yang betul. Selalu pergi ke surau dan masjid. Duduk dalam majlis ilmu. Bergaul dengan orang-orang soleh. Kurangkan bercakap sia-sia. Sebenarnya banyak lagi. Untuk latih diri, beri masa sedikit duduk dan keluar bersama jemaah-jemaah yang ada di marhalah tuan-tuan/puan-puan. InsyaAllah. Kita berusaha dapatkan redha Allah, Dia akan buka jalan seluas-luasnya.

Sekian tulisan panjang sy hari ini. Terima kasih sudi baca. Allah yg gerakkan sy utk menulis dan hati anda utk baca sampai habis. Alhamdulillah. Moga dpt amalkan dan dikongsi dgn yg lain. InsyaAllah.

Aqulu qauli hadza wa astaghfirullah li wa lakum, subhanakallahumma wabihamdiks Asyhadu an laa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik. Assalammu’alaikum.

p/s: Selamat berpuasa kpd yg berpuasa. 🙂

20130511-093128.jpg

Advertisements

Doa Memohon Pemimpin Baik

20130504-040420.jpg

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, jangan Engkau beri kuasa ke atas kami, berpunca dari dosa-dosa kami, orang yang tidak takut akan Engkau, dan tidak kasihan akan kami”

Segalanya dari Allah. Pohonlah dari Yang Maha Penyayang. Allah pelihara orang-orang yang betaqwa. Maka peliharalah segala amal ibadah kita agar kita sentiasa jadi orang yang dikasihi Allah bukan orang yang lalai dan sesat yang dimurkai Allah.

Selamat mengundi. Tunaikan hak sebagai pengundi. Jangan pernah sesaat lupakan hak sebagai hamba Allah. Berakhlaklah dengan akhlak Rasulullah ﷺ yang menjadi medium dakwah yang paling efektif. Segalanya akan dinilai oleh Allah melalui niat. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati-hati kita. Segala perbuatan, percakapan, tohmahan, pujian, janji-janji ketika ghairah perjuangkan parti masing-masing tidak terkecuali dari dicatit dlm buku catitan amal. Maka peliharalah kata-kata agar kita selamat dari azab Allah yang dahsyat, neraka. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Allah janjikan kejayaan dunia dan akhirat.

Semoga Allah bantu dan rahmati negara kita Malaysia. Apa yang penting, amal makruf nahi mungkar perlu berterusan hingga nafas yang terakhir. Pelihara generasi akan datang. Mohon Allah berikan hidayah kepada generasi muda agar masjid-masjid Allah dipenuhi dengan amal sepanjang masa. Bukan kelab malam, disko, pesta hiburan, mahupun kedai mamak yang dipenuhi dengan remaja Islam. Ingat, dunia ini tidak lain hanya senda gurau dan permainan. Akhirat yang kekal abadi. Persiapkanlah diri menghadapi kehidupan yang panjang.

Ingat, Allah yang cipta makhlukNya, Allah berhak mematikan makhlukNya bila-bila masa, Allah beri rezeki, Allah berhak cabut rezeki, Allah beri sihat, Allah berhak beri sakit. Allah itu “Khalik” iaitu Pencipta maka selain dari Allah ialah “makhluk” yakni yang dicipta. Tiada makhluk yang berkuasa dari PenciptaNya. Taatilah perintahNya. Jauhilah laranganNya.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

Selamat mengundi. Doa. Doa. Doa.

Bukan SPR yang tentukan kalah menang. Bukan pengundi yang tentukan siapa yang memimpin. Allah yang tentukan segalanya. Jika nak pemimpin yang adil dan baik, maka berlaku adil dan baik dengan Allah. Jaga solat, baca Al-Quran dan tinggalkan perkara sia-sia.

Semakin kita dekatkan diri dengan Allah, semakin kita tinggikan Allah, semakin kita rasa rendah kedudukan kita sebagai hamba Allah.

Wallahua’lam.

20130504-045041.jpg