PROGRAM WAKAF AL-QURAN RAMADHAN

Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Di kesempatan Ramadhan yang bakal tiba kurang lebih 15 hari dari sehari dua ini, saya ingin war-warkan tentang program wakaf Al-Quran Ramadhan ini.

Sejumlah lebih kurang 400-500 mushaf Al-Quran diperuntukkan untuk diedarkan ke sekitar Selangor dan Jitra, Kedah (InsyaAllah) khasnya surau-surau, sekolah-sekolah KAFA, madrasah tahfiz, rumah anak yatim yang benar-benar memerlukan dan memanfaatkan kegunaan mushaf Al-Quran ini. Lebih kurang 100 mushaf telah pun diwakafkan.

LATAR BELAKANG
Program ini dilancarkan secara persendirian bersama jemaah kami sendiri di Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi setelah melihat sendiri beberapa surau dan tempat-tempat yang memerlukan Al-Quran khasnya di sekitar Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan untuk tujuan manfaat dalam pembelajaran.

Setelah beberapa perbincangan dan proses, kami telah mempersetujui untuk menggandakan usaha ini dengan membuka peluang kepada orang awam untuk menambah amal jariah sempena Ramadhan ini. Harga yang kami tawarkan jauh lebih murah dari pasaran untuk tujuan wakaf. Bukan untuk bersaing namun untuk mencapai tahap ‘mampu-sedekah’ bagi setiap orang.

OBJEKTIF
Matlamat kami ialah supaya setiap orang bermula dari kanak-kanak sehingga orang dewasa dapat membaca Al-Quran dan memahami maknanya sedikit sebanyak lantas memberi kesan yang bermanfaat bukan sahaja di bulan Ramadhan di mana bulan ini pintu-pintu rahmat dan keampunan dibuka malah diteruskan sampai bila-bila dan didakwahkan juga perkara ini kepada yang lain.

Islam akan jadi kuat semula setelah umatnya mempraktikkan agama dalam kehidupan secara menyeluruh. Semua ini telah diterangkan dalam Al-Quran. Oleh itu amatlah penting mentadabbur Al-Quran iaitu membaca dan memahami maknanya. Mudah-mudahan usaha kecil ini membawa perubahan yang besar suatu hari nanti.

AL-QURAN
Mushaf Al-Quran ini terdiri dari 2 jenis (brand):
1. Al-Jamil
2. Al-Hidayah

*Stok Al-Jamil telah habis*

AL-HIDAYAH

AL-HIDAYAH INSIDE (1)

AL-HIDAYAH INSIDE (3)

AL-HIDAYAH INSIDE (2)

AL-JAMIL FRONT

AL-JAMIL INSIDE (1)

AL-JAMIL INSIDE (2)

KELEBIHAN
1. Kedua-dua mushaf ini bersaiz sama (separuh A4) handy-size, mudah dibawa ke mana-mana dan disimpan di dalam bag. Boleh dibaca ketika di dalam kereta, LRT dan sebagainya.
2. Disertakan dengan terjemahan per-kata, tajwid, asbabunnuzul dan Quran Message Service.
3. Tulisan bersaiz sederhana berbanding Quran poket atau tulisan yang lebih kecil.
4. Bahasa yang digunakan mudah difahami, ringkas dan menarik.

HARGA
1 unit wakaf RM30
1 unit kegunaan sendiri RM33 (tidak termasuk kos penghantaran)

ORDER FORM

Sila pastikan stok masih ada sebelum pembayaran dibuat.

Kami akan beri butiran pembayaran. Pesanan akan disahkan selepas bukti pembayaran diterima.
Email: socialdakwah@gmail.com

Telefon/SMS AZIZI 011 1135 1035

Kami akan update blog selepas bulan Ramadhan setelah selesai semua urusan penghantaran dan pembahagian mushaf Al-Quran dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada maklumat tambahan tentang keperluan Al-Quran yang akan dimanfaatkan di tempat Tuan/Puan.

Kita tak mampu angkat senjata namun Allah beri senjata paling agung kepada umat Nabi Muhammad SAW iaitu doa. Seandainya umat hari ini benar-benar mengamalkan Islam dalam kehidupan yakinlah dengan janji Allah, Islam akan bangkit sebelum tibanya hari akhir.

Semoga dengan usaha kecil ini, kita dapat berkongsi pahala dan Allah redha dengan amalan kita dan moga-moga dengan usaha kecil ini juga hidayah Allah akan tersebar ke seluruh alam. InsyaAllah. Aamiin.

Allahumma ballighna Ramadhan…

Wassalammu’alaikum. Selamat menyambut Ramadhan.

Hamba Allah
Admin @socialdakwah
tiny da’wah works via social media
https://socialdakwah.wordpress.com