PROGRAM CINTA QURAN 2014

Assalammualaikum

Program Cinta Quran merupakan kesinambungan dari Program Waqaf Al-Quran yang pernah diadakan pada tahun lepas (2013). Sejumlah lebih kurang 400 mushaf Al-Quran telah diwaqafkan ke masjid, surau, KAFA, madrasah, rumah anak yatim yang telah dikenalpasti benar-benar memerlukan dan memanfaatkan kegunaan mushaf Al-Quran ini sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Singapura. Alhamdulillah. Semoga Allah Taala membalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

LATAR BELAKANG
Program ini dilancarkan secara persendirian bersama beberapa jemaah dari Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi setelah melihat sendiri beberapa surau dan tempat-tempat yang memerlukan Al-Quran khasnya di sekitar Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan untuk tujuan manfaat dalam pembelajaran.

Setelah beberapa perbincangan dan proses, kami telah bersetuju menggandakan usaha ini dengan membuka peluang kepada orang awam untuk menambah amal jariah terutama dalam bulan Ramadhan ini.

HARGA
Kami telah naikkan harga bagi senaskhah Al-Quran disebabkan peningkatan perbezaan matawang asing dan kos pengangkutan (logistik) yang turut naik harga. Walaubagaimanapun, harga yang kami tawarkan lebih murah dari pasaran untuk tujuan waqaf. Bukan untuk bersaing dengan mana-mana pengusaha namun untuk mencapai tahap ‘mampu-sedekah’ dan ‘mampu milik’ bagi setiap orang.

OBJEKTIF
Matlamat kami ialah supaya setiap orang bermula dari kanak-kanak sehingga orang dewasa dapat membaca Al-Quran dan memahami maknanya sedikit sebanyak lantas memberi kesan yang bermanfaat bukan sahaja di bulan Ramadhan di mana bulan ini pintu-pintu rahmat dan keampunan dibuka malah diteruskan sampai bila-bila dan didakwahkan juga perkara ini kepada yang lain.

Islam akan jadi kuat semula setelah umatnya mempraktikkan agama dalam kehidupan secara menyeluruh. Semua ini telah diterangkan dalam Al-Quran. Oleh itu amatlah penting mentadabbur Al-Quran iaitu membaca dan memahami maknanya. Mudah-mudahan usaha kecil ini membawa perubahan yang besar kepada suasana sekeliling kita suatu hari nanti.

SPECS
Al-Quran yang kami tawarkan mempunyai 2 jenis iaitu ALJAMIL dan ALHIDAYAH didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu A5 dan A4.

– Khat Utsman Thaha Standar Kemenag RI
– 5 Tajwid Warna
– Terjemahan Per Kata
– Terjemahan Per Ayat
– Terjemahan Bahasa Inggeris (ALJAMIL)
– Asbabun Nuzul
– Tesaurus
– Panduan Ilmu Tajdid Praktis
– Ulumul Quran
– Sejarah Kodifikasi Al Quran
– Indeks Doa dalam Al Quran
– Panduan Etika Membaca Al Quran
– Indeks Alfabet
– Kertas QPP
– Dilengkapi dengan 3 penanda berlainan warna
– handy size (A5)
– ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
– boleh dibaca ketika dalam LRT, kereta dan dalam safar (perjalanan)

A5 RM35 (waqaf)
A5 RM38 (COD – Bangi, Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Sri Petaling)
A5 RM45 (termasuk kos penghantaran)

A4 RM45 (waqaf)
A4 RM48 (COD – Bangi, Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Sri Petaling)
A4 RM55 (termasuk kos penghantaran)

ALJAMIL1 ALJAMIL2 ALJAMIL3 ALJAMIL4 ALJAMIL6 HIDAYAH1 HIDAYAH7 HIDAYAH5 HIDAYAH2 HIDAYAH4

ORDER
Melalui WhatsApp +60182062608 admin socialdakwah

Semoga Allah Taala terima usaha kecil ini sebagai asbab kegembiraan di akhirat nanti.

Amiin. Amiin. Amiin. Ya Rabbal’Alamiin.

ikut kami di instagram: @socialdakwah
tweet kami di twitter: @socialdakwah

RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah

Setinggi-tinggi pujian kepada Maha Pencipta Maha Pemelihara seluruh kehidupan di langit dan di bumi dengan nikmat dan rahmat yang diberikan kepada hambaNya. Maka sebagai hamba yang bersyukur atas nikmat kurniaan dariNya marilah kita bersama-sama menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Tuhan yang Mencipta & Memelihara semua pergerakan planet-planet, awan, hujan, matahari, bintang, bulan, malam, siang, sejuk, panas dan lain-lain lagi. Sehinggakan bola mata kita tak mampu membaca, melihat, memandang apa yang ada di hadapan kita sekarang tanpa perintah dan izin dari Allah Taala. Nadi di pergelangan tangan, jantung yang sedang berdegup laju dan perlahan, bukanlah atas kekuasaan dan kawalan manusia walaupun dia seorang doktor pakar jantung atau doktor pakar saraf sekali pun. Siapa yang berkuasa atas semua ini? Jawapannya: Allah. Hanya Allah berkuasa atas segala sesuatu. Allah Khaliq, Maha Pencipta, berkuasa atas segala ciptaanNya. Selain dari Allah, makhluk, ciptaan yang langsung tiada kuasa tanpa izin dari Allah. Allahuakbar. Kembalikan keyakinan kita kepada Allah. Semuanya dari Allah. Keyakinan ini perlu diusahakan sebelum kita pergi berjumpa dengan Allah Taala. Sebelum jasad terbujur kaku tak dapat nak mandi, tak dapat nak solat sendiri. Usahakan atas iman yakin bahawasanya Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa. Laailaaha illAllah.

Kejayaan dunia & akhirat hanya dalam mentaati perintah Allah, meninggalkan larangan Allah dengan cara baginda Rasulullah SAW. Hanya dengan mengikuti cara hidup Nabi SAW mendapat jaminan rahmat dari Allah Taala. Sebagaimana sahabat RA telah benar-benar ditarbiah oleh Nabi SAW dan mereka yakin dunia ini sementara, akhirat kekal selamanya. Allah Taala telah redha dengan mereka dan mereka juga redha dengan Allah Taala. Di mana pengakhiran mereka? Syurga. Allahuakbar. Manusia akan dibangkitkan bersama kaum yang mereka ikuti, tiru gaya hidup, pakaian dan sebagainya. Maka tak mahukah kita bangkit bersama para sahabat RAhum? Tidakkah mahukah kita dibangkitkan bersama Rasulullah SAW penguhulu sekalian Nabi? Apa yang Nabi buat, ikutlah, tirulah. Apa yang Nabi SAW larang, tinggalkanlah. Inilah panduan amal dalam hidup kita di dunia. Muhammadur Rasullah.

Dengan dua kalimah ini hidup dan berjalanlah di atas muka bumi Allah. Sebarkanlah. Sehingga datangnya malaikat maut menjemput kita kembali bertemu Allah Taala suatu hari nanti.

Jadikan Ramadhan ini sebagai bulan hijrah. Hijrah kepada perkara yang lebih baik. Rugilah kepada mereka yang mensia-siakan Ramadhan dengan perkara sia-sia. Penuhi setiap saat dlm Ramadhan dgn ibadah. Bagaimana? Semua Rasulullah SAW telah beri panduan. Dari Rasulullah bangun tidur sehingga baginda tidur kembali. Semuanya jika ikut cara Rasulullah akan jadi ibadah. Jika tak ikut cara Rasulullah dikhuatiri akan ikut cara Yahudi dan Nasara. Nauzhubillah.

Sama-sama kita azam, jadi lebbih baik, tingkatkan amal, jadi asbab hidayat, korbankan sedikit masa, harta untuk agama Allah supaya nanti kita dibangkitkan di padang Mahsyar bersama-sama orang yang berjuang dalam agama Allah. Menyesal di dunia tak mengapa, menyesal di akhirat tiada jalan penyelesaiannya. Nangislah di dunia, di hadapan Allah. Sujudlah lama-lama, doa banyak-banyak, nangis nangis, penuh harap dan takut. Nangis di dunia boleh padam api neraka. Nangis di akhirat tiada gunanya.

Salam Ramadhan 1435H

AL-QURAN PER-KATA: AL-HIDAYAH & AL-JAMIL

Assalammu’alaikum

Stok Al-Quran bakal tiba. In shaa Allah.

Bersedia untuk buat tempahan awal sebelum stok kehabisan!

Lebih penting, boleh manfaatkan waktu bulan Ramadhan nanti. 🙂

Wallahua’lam.

 

AL-QURAN

Jenama:

1. Al-Hidayah

2. Al-Jamil

AL-HIDAYAH

 

AL-HIDAYAH INSIDE (1)

AL-HIDAYAH INSIDE (3)

AL-HIDAYAH INSIDE (2)

AL-JAMIL FRONT

AL-JAMIL INSIDE (1)

AL-JAMIL INSIDE (2)

KELEBIHAN

Al-Qur’an Terjemah Per Kata Al-Hidayah
Nama Mushaf : Al-Quran Tafsir Per Kata + Tajwid Kode Angka
Penerbit Mushaf : Kalim
Jenis Mushaf : Alquran Terjemah dan Tajwid
Ukuran Mushaf : 15 x 20.5 cm (sebesar buku tulis)
Berat Mushaf : lk. 0.55 kg
Cover Mushaf : Hard cover

*Dilengkapi Tajwid kode Angka yang berdasarkan penelitian lebih aplikatif dibandingkan kode warna
*Dilengkapi Asbabunnuzul (kisah sebab turunnya ayat)
*Dilengkapi QMS (Quran Short Massage) atau pesan singkat al-Quran
*Dilengkapi dengan indeks ayat yang memudahkan anda untuk mencari ayat berdesarkan tema-tema atau kata kunci tertentu.
*Dilengkapi dengan tafsir singkat yang diambil dari Tafsir al-Munir karya Syaikh al-Bantani
*Dilengkapi dengan indeks juz di pinggir halaman yang memudahkan kita untuk mencari halaman awal juz.
*Dilengkapi cara atau method menghafal al-Quran
*Menggunakan hard cover yang artistik dan terkesan antik
*Kertas yang dipakai adalah kertas yang halus (sedikit licin), tipis namun kuat. Jika anda biasa menggunakan al-Quran dari Timur *Tengah, anda pasti mengenal jenis kertas ini.
*Menggunakan khat (jenis kaligrafi) naskah yang indah (seperti mushaf Al-Quran Timur Tengah)
*Setiap ayat habis di akhir halaman, tidak bersambung ke sebelahnya. Ini sangat membantu dalam menghafal al-Quran.
*Dilengkapi dengan ilmu tajwid singkat namun mudah difahami di halaman-halaman terakhir mushaf.
*Lengkap 30 Juz hanya dalam satu buku.

 

Sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen atau email terus kepada socialdakwah@gmail.com atau instagram.com/socialdakwah

 

 

Hamba Allah

Pengendali @socialdakwah
tiny da’wah works via social media
https://socialdakwah.wordpress.com