Qiamulail – Menyubur Benih Taqwa Remaja

Program Cuti Sekolah Bangi Perdana 2014

Program Cuti Sekolah Bangi Perdana 2014

Alhamdulillah setinggi puji-pujian dikembalikan kepada Allah Taala Maha berhak menerima pujian dan syukur kita kepada Allah Taala atas segala nikmat yang telah diberikan selama ini PERCUMA. Sesungguhnya kejayaan di sisi Allah Taala hanyalah dalam agama Allah. Barangsiapa yang taat perintah Allah merekalah yang beruntung dan berjaya. Manakala mereka yang ingkar perintah Allah telah memasukkan diri mereka sendiri dalam kerugian.

Tiada Tuhan yang selayaknya disembah, diagungkan, tempat mengadu, kita mengemis meminta, yang berhak dipuji dengan setinggi-tinggi pujian melainkan ALLAH Subhanahu waTaala. Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam dan seisinya. Tiada sehelai daun yang berguguran tanpa pengetahuan Allah Taala. Tiada sebutir pasir di dasar laut dan sungai pun yang bergerak tanpa perintah Allah. Allah lah yang memberi rezeki kepada burung-burung di langit dan ikan-ikan di laut. Tiada satu makhluk pun terlepas dari pemberian rezeki Allah Taala. Bumi bergerak mengikut paksinya atas perintah Allah. Matahari terbit dan tenggelam bersilih ganti dengan bulan purnama mengikut aturan tiada pernah lewat atau tercepat dari jadualnya atas perintah siapa? ALLAH! Semua makhluk ini ciptaan Allah dan semua ciptaan ini langsung tidak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah. Allah tidak perlukan sebarang alat bantuan untuk cipta atau jadikan sesuatu. Apabila Allah perintahkan “JADILAH” maka jadilah ia. Semudah itu.

Allah berhak melakukan sesuatu dengan asbab seperti kebakaran yang disebabkan oleh api, lemas yang disebabkan oleh laut dan kelaparan yang disebabkan oleh tidak makan. Namun, Allah juga berhak berbuat sesuatu tanpa asbab seperti hutan terbakar secara tiba-tiba, hujan lebat dan rintik-rintik di dalam satu kawasan yg sama, kematian yang berlaku tiba-tiba. Allah juga berhak berbuat sesuatu bertentangan dengan asbab contohnya api yang begitu marak tidak sedikit pun membakar sehelai bulu roma Nabi Allah Ibrahim AS, Sebatang tongkat mampu membelah lautan yang luas sehingga ke dasarnya setelah Nabi Allah Musa taat perintah Allah agar memukul laut dan tidurnya pemuda-pemuda Kahfi selama 309 tahun tanpa makan dan minum lalu mereka bangun semula dengan keadaan yang sihat, seperti sediakala tanpa melunturkan sedikit pun pakaian mereka.

Hebatnya Allah. Maka kewajipan kita untuk membesarkan Allah. Bagaimana? Dengan mengeluarkan kebesaran makhluk yang ada dalam hati. Ubat tak mampu bagi sihat bagi mudarat. Siapa yg bagi sihat bagi mudarat? Allah! Seorang Doktor Pakar Jantung terhebat dunia sekalipun takkan mampu mengawal tarikh luput jantungnya sendiri. Apabila Allah perintahkan berhenti berfungsi maka taatlah jantung itu dgn perintah Allah. Segala yang terjadi dalam kekuasaan Allah Taala. Kita hanya mampu berusaha dengan tawakal dengan keyakinan bahawa “Saya berusaha kerana ini perintah Allah dan saya tak mampu buat apa-apa. Segala keputusan ditentukan oleh Allah. Tiada daya, tiada kuasa melainkan Allah.”

Dan kehidupan dunia yang sementara ini, bersama-sama kita berusaha agar menghidupkan kembali apa yang telah dibawa oleh Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW kerana Nabi Muhammad SAW telah diiktiraf sebagai “rahmat seluruh alam” seluruh alam ini dirahmati kerana Nabi Muhammad SAW. Kehidupan Baginda, akhlak Baginda, muammalat Baginda, muasyarat Baginda, fikir Baginda, syamail Baginda. Semua yang berkaitan dengan Nabi SAW merupakan rahmat. Sehinggakan Nabi SAW bersabda yang mafhumnya diringkaskan begini, “Semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan (tidak mahu). Maka para sahabat bertanya,”Siapakah yang enggan itu ya Rasulullah?” Maka Rasulullah menjawab,”Mereka yang taat kepada ajaran yang aku bawa akan masuk syurga, mereka yang ingkar dengan ajaranku maka sesungguhnya merekalah yang enggan” sohih Bukhori

Atas perkara yang teramat penting inilah, kami yang serba kekurangan dan lemah ini berusaha dengan daya dan kemampuan kami untuk melahirkan generasi yang penuh yakin dengan kekuasaan Allah, menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kehidupan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Apabila dasar keyakinan ini ada dalam hati setiap individu remaja ini, maka akidah mereka akan selamat walau di mana mereka berada. Walau mereka dihantar belajar ke luar negeri yang berbeza budaya sekalipun namun mereka akan mencari suasana agama kerana hati mereka telah disematkan dengan kecintaan terhadap agama dengan mentaati segala perintah Allah dan mengamalkan cara hidup yang telah diberi garis panduan oleh Rasulullah SAW.

Sehingga mereka menjadi seorang profesional satu hari nanti, mereka akan jadi seorang profesional yang beriman. Seorang Doktor yang beriman, Jurutera yang beriman, Pakar bedah yang beriman, Ahli Sains yang beriman, Chef yang beriman, Pemilik Restoren yang beriman seterusnya suami yang beriman yang dapat mendidik isteri dan anak-anak yang beriman. In shaa Allah.

Harapan kami besar. Maka Tuan-tuan/Puan-puan berkongsilah harapan yang besar ini dengan kami.

Dapatkan borang di Surau Bangi Perdana atau hubungi nama-nama yang tertera di dalam poster di atas.

Wallahua’lam.

Semoga Allah Taala melancarkan mempermudahkan urusan kita semua. Amin.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, ‘ash-hadu ‘an laa ‘ilaaha ‘illaa ‘Anta, ‘astaghfiruka wa ‘atoobu ‘ilayka.

Maha suci Engkau Ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.

BORANG_PENDAFTARAN

Follow @socialdakwah di instagram: instagram.com/socialdakwah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s