DAKWAH ISLAM DI TIMOR LESTE

Assalammualaikum Warahmatullah

Pada awal tahun ini (2016) saya bersama empat orang rakan lain telah berpeluang ke negara Timor Leste untuk misi dakwah.

Timor Leste merupakan sebuah negara yang berpopulasi lebih 90% bukan Islam. Kami berpeluang menziarahi beberapa bekas tapak masjid yang bangunannya telah dihancurkan dan dibakar hangus. Hanya tinggal beberapa masjid sahaja di sekitar kawasan bandar besar iaitu di Dili dan Baucau.

Ramai penduduk tempatan yang telah murtad. Pengaruh Katholik amat ketara dengan kelihatan begitu banyak gereja-gereja, rahib-rahib dan perkuburan Katholik sehingga di kawasan pergunungan. Umat Islam yang mengamalkan agama di Timor Leste kelihatan begitu asing sekali. Sewaktu di sana, kami rasakan seolah-olah hidup di zaman awal Islam seperti zaman sahabat Rasulullah ﷺ Mereka amalkan Islam dlm keadaan penuh hati-hati.

Namun begitu, dengan kehadiran pendakwah-pendakwah Islam dapat dilihat perkembangan positif dalam membina suasana beragama di sana. Banyak halangan yang perlu ditempuhi sebagai pendakawah sekiranya mereka mahu masuk berdakwah di Timor Leste antaranya urusan visa yang agak sukar dan perlu mendapat surat jemputan, kekangan untuk bergerak keluar daerah, pihak Imigresen tempatan dan pihak polis tempatan sentiasa mengawasi pergerakan.

Penempatan penduduk luar bandar kebanyakannya terletak di atas gunung-gunung. Mereka tidak terdedah dengan Islam melainkan dengan kehadiran orang Islam di atas gunung-gunung tersebut. Untuk naik ke kawasan pergunungan itu memerlukan kenderaan 4×4. Tempoh perjalanan dari satu daerah ke satu daerah yang lain biasanya mengambil masa 8-9 jam sehala dengan keadaan jalan yang hanya sesuai dilalui oleh kenderaan 4×4.

Antara cabaran lain bagi pendakwah di Timor Leste ialah kos perbelanjaan harian yang tinggi kerana negara mereka menggunakan matawang Dolar Amerika (USD). Caj sewa kenderaan (4×4) sahaja berjumlah USD 150 sehari. Itu tidak termasuk perbelanjaan petrol. Biasanya pendakwah akan bergerak ke daerah menggunakan kenderaan yang disewa lebih dari 20 hari.

Bekalan air sangat terhad terutama di kawasan pedalaman. Mereka masih menggunakan sistem perigi dan mengambil air dari anak-anak sungai sebagai sumber bekalan air harian.

Alhamdulillah selama kami di sana dengan sedikit cabaran, kami dapat mengislamkan sebuah keluarga sermai 5 orang. Mereka diajar dengan asas-asas bersuci, wudhu dan solat. Banyak lagi perkara yang perlu diajar. Namun, masa yang kami ada sangat singkat. Cuma 26 hari di sana. Oleh kerana inilah susulan rombongan-rombongan yang lain perlu diusahakan untuk dihantar secara terus menerus ke sana.

W: instagram.com/socialdakwah
E: socialdakwah@gmail.com

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s