PROGRAM CUTI SEKOLAH 2016 – KLINIK AL-QURAN ANAK-ANAK SOLEH 2.0

profile-whatsapp

Nahmaduhu wanusolli ‘ala Rosulihil Kareem

Alhamdulillah setinggi pujian hanya bagi Allah Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabat.

Mafhum sabdaan Nabi SAW: “Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

PENGENALAN MADLA

Madrasah Deeniyat Lil Aulad (MADLA) merupakan madrasah (tempat belajar) pra-tahfiz Al-Quran dan Fardhu ‘Ain bagi pelajar-pelajar berusia 5-12 tahun yang terletak di Bangi Perdana, Seksyen 3, Bandar Bangi. Diasaskan oleh sepasang suami isteri yang telah menginfakkan sebahagian dari tempat tinggal mereka untuk dijadikan madrasah. Setakat ini 2 orang Assatizah yang berlatar-belakangkan pengajian Al-Quran di Madrasah dan telah menghafal Al-Quran sedang berkhidmat untuk menampung kira-kira 40 orang pelajar secara keseluruhan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, madrasah yang diusahakan (Madrasah Deeniyat Lil Aulad – MADLA) telah pun berusia setahun. Mudah-mudahan lahirlah generasi yang cinta pada Al-Quran, berakhlak dengan Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dalam seluruh kehidupan mereka tidak kira apa sahaja profesion yang bakal mereka sandang satu hari nanti. InshaaAllah.

OBJEKTIF

Klinik Al-Quran Anak-Anak Soleh 2.0 (tahfiz, tilawah, fardhu ‘ain, klinik solat, motivasi, aktiviti indoor & outdoor)

 

Program Cuti Sekolah (4 minggu) khusus untuk anak-anak berumur 5-12 tahun bagi mengisi ruang kosong cuti sekolah mereka dengan aktiviti bermanfaat. Merasai suasana “Madrasah Al-Quran” dengan bimbingan para assatizah (Ustazah-ustazah) yang telah menghafal Al-Quran mempunyai pengalaman belajar dan mengajar di madrasah-madrasah Al-Quran dan kesemua mereka adalah tenaga pengajar Al-Quran sepenuhnya. Pelajari juga kehidupan dan amalan sunnah dalam kehidupan seharian serta aktiviti-aktiviti menarik yang lain seperti memanah, ‘treasure hunt’ dan lain-lain.

 

M A K L U M A T  P R O G R A M

TARIKH: 28 November – 22 Disember 2016 (4 minggu)

WAKTU: Isnin – Khamis (8:30am – 2:00pm) / Jumaat (8:30am – 11:30am)

TEMPAT: Dewan Seminar, Aras 1, Surau Bangi Perdana, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

HAD UMUR: Tahap 1: 5 – 7 tahun / Tahap 2: 8 – 12 tahun

YURAN: RM 250 seorang (termasuk bahan/buku & ‘tea break’)

PILIHAN:

  1. Makan Tengah Hari (RM 100 seorang)
  2. Al-Quran & Rehal (RM100 seorang)

 

TENTATIF PROGRAM (Lampiran)

NOTA:

  1. Etika Pakaian:

Lelaki: Sopan, menutup aurat & menutup kepala (kopiah/songkok)

Perempuan: Sopan, menutup aurat (memakai stokin)

  1. Membawa Al-Quran (terjemah) & rehal sendiri.
  2. Peserta tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, permainan elektronik (seperti pemain MP3, PSP, iPad, kamera dan sebagainya), barangan kemas, wang saku.
  3. Para peserta tertakluk kepada peraturan program sepanjang program berjalan.
  4. Pihak Urusetia tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barangan peserta sepanjang program berjalan.

 

MAJLIS PENUTUP

Ibu/Bapa/Penjaga dijemput hadir ke Majlis Penutup pada 22 Disember 2016 (Khamis) jam 10:00 pagi di Dewan Seminar, Aras 1, Surau Bangi Perdana untuk Majlis Penyampaian sijil kepada peserta.

 

HUBUNGI:

ENCIK AZIZIL – 011 1135 1035

USTAZAH AMIRA – 013 3060 151

USTAZAH AINA – 011 2345 6624

TEMPAT TERHAD KEPADA 100 ORANG PESERTA. DAFTAR SEKARANG!

Semoga Allah terima usaha kecil kami ini dan jadikan asbab hidayat untuk seluruh umat.

Muatturun Borang Penyertaan di pautan di bawah dan hantar kepada pihak MADLA sebelum 25 November 2016.

Borang Penyertaan Klinik Anak-anak Soleh 2016

 

jadual-pcs2016-web

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s