PROGRAM CINTA QURAN 2016

ALJAMIL1

ALJAMIL2 ALJAMIL3 ALJAMIL4 ALJAMIL6 HIDAYAH1

HIDAYAH7 HIDAYAH5 HIDAYAH2 HIDAYAH4
Program Cinta Quran 2016 #PCQ2016 merupakan kesinambungan dari Program Waqaf Al-Quran yang pernah diadakan pada 3 tahun lepas (2013, 2014 & 2015). Sejumlah lebih kurang 2,000 mushaf Al-Quran telah diwaqafkan ke masjid, surau, KAFA, madrasah, rumah anak yatim yang telah dikenalpasti benar-benar memerlukan dan memanfaatkan kegunaan mushaf Al-Quran ini sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Singapura. Alhamdulillah. Semoga Allah Taala membalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

LATAR BELAKANG
Program yang telah dilaksanakan 3 tahun berturut-turut dicetuskan dari idea jemaah dari Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi setelah melihat sendiri beberapa surau dan tempat-tempat yang memerlukan Al-Quran khasnya di sekitar Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan untuk tujuan manfaat dalam pembelajaran dalam aspek memahami isi Al-Quran.

Kini kami di @socialdakwah ingin meneruskan amalan waqaf Al-Quran khas bermula pada bulan Ramadhan 1437H pada tahun 2016 ini. InshaaAllah. Kami sengaja pilih khas bulan Ramadhan pada awalnya kerana ganjaran pahala yang berganda yang telah dijanjikan kemudian membesarkan cita-cita kami kpd 4 bulan berikutnya. Seterusnya sepanjang tahun. Maka diharapkan sokongan dan doa dari Tuan/Puan untuk kami tumpang pahala yang Tuan/Puan kongsikan.

OBJEKTIF
Matlamat kami ialah supaya setiap orang bermula dari kanak-kanak sehingga orang dewasa dapat membaca Al-Quran dan memahami maknanya sedikit sebanyak lantas memberi kesan yang bermanfaat bukan sahaja di bulan Ramadhan di mana bulan ini pintu-pintu rahmat dan keampunan dibuka malah diteruskan sampai bila-bila dan didakwahkan juga perkara ini kepada yang lain.

HARGA
SAIZ: A4
WAQAF: RM 50 (termasuk kos pengurusan)
BELI: RM 60 (tidak termasuk kos penghantaran)

ORDER Melalui WhatsApp +6011 1135 1035 atau email kepada socialdakwah@gmail.com

Semoga Allah Taala terima usaha kecil ini sebagai asbab kegembiraan di akhirat nanti. Amiin. Amiin. Amiin. Ya Rabbal’Alamiin. ikut kami di instagram: @socialdakwah tweet kami di twitter: @socialdakwah

Kepentingan Usaha Agama – Penawar Penyakit Umat

Setiap penyakit ada penawarnya. Penyakit umat yang semakin kronik hari ini juga ada penawarnya.

 

Bersama Ambia’ Adanya Usaha Agama
Allah s.w.t telah utuskan para ambia’ untuk menunjukkan kepada manusia maksud kehidupan mereka yang sebenar. Kerana itulah, apabila Allah s.w.t utuskan para ambia’ bersama nabi atau rasul tersebut adanya usaha agama. Semua nabi-nabi membuat usaha agama. Dan usaha mereka hanya satu iaitu membawa tauhid yang betul kepada Allah s.w.t.Nabi-nabi dan rasul hanya membawa manusia supaya mengenal kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t pemilik kerajaan langit dan bumi.

Nabi Muhammad s.a.w juga membuat usaha agama.
Apabila nabi Muhammad s.a.w menerima nubuwah kenabian, nabi s.a.w telah menjalankan usaha agama sepenuh masa. Pagi petang siang malam baginda nabi s.a.w hanya fikir dan risau bagaimana agama ini akan berkembang, agama akan memasuki setiap rumah-rumah batu, rumah-rumah kayu dan bagaimana semua manusia hinggakan bayi yang terakhir lahir sebelum kiamat juga dapat mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan mereka.Nabi s.a.w telah usahakan supaya manusia nampak betapa dengan amalan-amalan agama yang diperintahkan oleh Allah s.w.t ini, manusia akan beroleh berbagai faedah demi faedah dan kejayan demi kejayaan.

Nabi Muhammad s.a.w telah menyediakan sahabat untuk menjalankan usaha agama
Nabi s.a.w bukan sekadar mengajar agama, sebaliknya baginda nabi s.a.w telah menyediakan sahabat untuk menjalankan usaha atas agama. Di sinilah kejayaan dan kemuliaan ummat Muhammad s.a.w, ummat yang terakhir tetapi masuk syurga lebih awal. Ummat ini dimuliakan kerana bersama ummat ini adanya usaha agama.Kerana itulah, apabila Baginda nabi Muhammad s.a.w wafat, agama terus berkembang kerana usaha agama telag disambung oleh para sahabat r.hum

Masalah Ummat Hari ini ialah mereka tidak Yakin Dengan Usaha Agama
Manusia akan yakin kejayaan akan diperolehi daripada apa yang diusahakan. Sebagai contoh, seorang peniaga yang mengusahakan atas perniagaannya akan yakin bahawa perniagaannya itulah yang akan membawa kejayaan kepadanya. Begitu juga bagi seorang peladang yang mengusahakan atas ladangnya, akan yakin bahawa ladangnyalah yang membawa kejayaan.Oleh kerana itu, apabila manusia tidak membuat usaha atas agama, natijahnya manusia tidak nampak betapa dengan agama inilah segala kejayaan akan diperolehi.. kejayaan di dunia juga kejayaan di akhirat.Apabila manusia tidak nampak faedah atau kejayaan yang akan diperolehi atas amalan-amalan agama, akhirnya manusia hari ini mudah terkesan dan meyakini terhadap asbab-asbab dunia sahaja.Apabila ummat Islam melihat orang kafir usaha atas nuklear, dan mereka beroleh kejayaan, dengan nuklear, ummat Islam pun mula usaha atas nuklear. Apabila orang kafir membuat usaha atas ekonomi, dan mereka seolah beroleh kejayaan melalui ekonomi, ummat Islam pun mula membuat usaha atas ekonomi. Apabila orang kafir membuat usaha atas negara, dan mereka nampak seolah berjaya dengan memperolehi sebuah kerajaan dan negara, ummat Islam pun usaha untuk mendapatkan pemerintahan dan negara.Menurut Maulana Saad, Manusia tidak yakin bahawa dengan amalan agama manusia akan beroleh kejayaan kerana kita telah meninggalkan usaha agama. Para sahabat r.a sepanjang masa mereka membuat usaha atas agama, kerana itu mereka sentiasa yakin bahawa kejayaan, keharmonian, ketenteraman dan ketenangan hanya ada pada amalan agama.Atas maksud itulah, untuk membetulkan kembali ummat ini, ummat Islam hari ini perlu kembali untuk sama-sama bangunkan usaha atas agama.

Usaha Agama Bagaikan Jenazah Tidak Berwaris
Apabila manusia tidak lagi nampak faedah atau kelebihan daripada amalan-amalan agama, akhirnya Ummat Islam sendiri telah tidak menghiraukan usaha agama. Jadilah usaha agama (satu usaha yang telah ditingalkan oleh baginda nabi s.a.w) seperti jenazah yang tidak berwaris.Sekiranya terdapat satu jenazah tidak berwaris, kita akan usaha mengusung jenazah tersebut sekadar ‘melepas batuk ditangga sahaja’. Sebaliknya, sekiranya jenazah tersebut mempunyai hubungan dengan kita, kita mengusungkan dengan bersungguh-sungguh.

Sekarang tanya diri kita, saya di mana saat agama dalam keadaan begini? Apa yang saya persiapkan utk diri saya? Ahli keluarga saya? Jiran-jiran saya? Apa cerita nak saya bawa jumpa Rasulullah SAW tanda saya cintakan baginda? Renung-renungkan… Risau-risaukan… Agama tanggungjawab saya… Sayalah yang bertanggungjawab utk agama dan seluruh umat… Bangunlah! Bangunlah! Bangunlah!

Ehsan dari Ashady

Info Ijtimak Seluruh Malaysia – Zon KL 2

Zon B : Halaqah berkembar – 5 cluster – 40 halaqah

KLIA – Sepang
Bkt Canggang – Bandar Baru Salak Tinggi
Putrajaya – Dengkil
Banting – Morib
Telok panglima garang – sijangkang

Kajang bandar – semenyih
Bangi sg tangkas – kajang bkt mewah
Putra mahkota – bangi sg merab

Serdang – sg besi
Pinggiran putra – balakong
Sg ramal – putra permai

Klang kota raja – klang bkt naga
Klang jln kebun – klang bkt tinggi
Pandamaran – pelabuhan barat
Pelabuhan klang – klang sri andalas

Shah alam selatan – hicom putra
Shah alam utara – hicom proton
Shaha alam 7 – usj
subang jaya – petaling jaya
subang kpg melayu – bkt jelutong

Ehsan dari Sheikh Kaza

Tarikh: 4-6 September 2015 (bermula selepas Asar)

Medan Ijtimak: Masjid As-Saadah, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

Google Map: Masjid As-Saadah

Waze: Masjid As Saadah Port Klang

PROGRAM CINTA QURAN 2014

Assalammualaikum

Program Cinta Quran merupakan kesinambungan dari Program Waqaf Al-Quran yang pernah diadakan pada tahun lepas (2013). Sejumlah lebih kurang 400 mushaf Al-Quran telah diwaqafkan ke masjid, surau, KAFA, madrasah, rumah anak yatim yang telah dikenalpasti benar-benar memerlukan dan memanfaatkan kegunaan mushaf Al-Quran ini sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Singapura. Alhamdulillah. Semoga Allah Taala membalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

LATAR BELAKANG
Program ini dilancarkan secara persendirian bersama beberapa jemaah dari Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi setelah melihat sendiri beberapa surau dan tempat-tempat yang memerlukan Al-Quran khasnya di sekitar Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan untuk tujuan manfaat dalam pembelajaran.

Setelah beberapa perbincangan dan proses, kami telah bersetuju menggandakan usaha ini dengan membuka peluang kepada orang awam untuk menambah amal jariah terutama dalam bulan Ramadhan ini.

HARGA
Kami telah naikkan harga bagi senaskhah Al-Quran disebabkan peningkatan perbezaan matawang asing dan kos pengangkutan (logistik) yang turut naik harga. Walaubagaimanapun, harga yang kami tawarkan lebih murah dari pasaran untuk tujuan waqaf. Bukan untuk bersaing dengan mana-mana pengusaha namun untuk mencapai tahap ‘mampu-sedekah’ dan ‘mampu milik’ bagi setiap orang.

OBJEKTIF
Matlamat kami ialah supaya setiap orang bermula dari kanak-kanak sehingga orang dewasa dapat membaca Al-Quran dan memahami maknanya sedikit sebanyak lantas memberi kesan yang bermanfaat bukan sahaja di bulan Ramadhan di mana bulan ini pintu-pintu rahmat dan keampunan dibuka malah diteruskan sampai bila-bila dan didakwahkan juga perkara ini kepada yang lain.

Islam akan jadi kuat semula setelah umatnya mempraktikkan agama dalam kehidupan secara menyeluruh. Semua ini telah diterangkan dalam Al-Quran. Oleh itu amatlah penting mentadabbur Al-Quran iaitu membaca dan memahami maknanya. Mudah-mudahan usaha kecil ini membawa perubahan yang besar kepada suasana sekeliling kita suatu hari nanti.

SPECS
Al-Quran yang kami tawarkan mempunyai 2 jenis iaitu ALJAMIL dan ALHIDAYAH didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu A5 dan A4.

– Khat Utsman Thaha Standar Kemenag RI
– 5 Tajwid Warna
– Terjemahan Per Kata
– Terjemahan Per Ayat
– Terjemahan Bahasa Inggeris (ALJAMIL)
– Asbabun Nuzul
– Tesaurus
– Panduan Ilmu Tajdid Praktis
– Ulumul Quran
– Sejarah Kodifikasi Al Quran
– Indeks Doa dalam Al Quran
– Panduan Etika Membaca Al Quran
– Indeks Alfabet
– Kertas QPP
– Dilengkapi dengan 3 penanda berlainan warna
– handy size (A5)
– ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
– boleh dibaca ketika dalam LRT, kereta dan dalam safar (perjalanan)

A5 RM35 (waqaf)
A5 RM38 (COD – Bangi, Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Sri Petaling)
A5 RM45 (termasuk kos penghantaran)

A4 RM45 (waqaf)
A4 RM48 (COD – Bangi, Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Sri Petaling)
A4 RM55 (termasuk kos penghantaran)

ALJAMIL1 ALJAMIL2 ALJAMIL3 ALJAMIL4 ALJAMIL6 HIDAYAH1 HIDAYAH7 HIDAYAH5 HIDAYAH2 HIDAYAH4

ORDER
Melalui WhatsApp +60182062608 admin socialdakwah

Semoga Allah Taala terima usaha kecil ini sebagai asbab kegembiraan di akhirat nanti.

Amiin. Amiin. Amiin. Ya Rabbal’Alamiin.

ikut kami di instagram: @socialdakwah
tweet kami di twitter: @socialdakwah

Handy Sized Al-Quran – Online Order

Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sedar tak sedar kita bakal meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan dan keampunan. Semoga kita bakal dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

Kesinambungan dari program wakaf Al-Quran lepas maka diharapkan semua yang terlibat mendapat manfaat dan ganjaran dari Allah Taala. Teruskanlah mentadabbur Al-Quran serta berusaha mengamalkan seluruh isi Al-Quran.

Stok Al-Quran Al-Hidayah masih lagi dalam stok simpanan kami dan kami jual dengan harga sama iaitu RM33 sahaja senaskah (tidak termasuk kos penghantaran). Harga pasaran RM50. Hubungi kami untuk pesanan atau sebarang pertanyaan melalui email atau telefon di bawah.

AL-HIDAYAH

AL-HIDAYAH INSIDE (1)

AL-HIDAYAH INSIDE (3)

AL-HIDAYAH INSIDE (2)

KELEBIHAN
1. Mushaf ini bersaiz sama (separuh A4) handy-size, mudah dibawa ke mana-mana dan disimpan di dalam bag. Boleh dibaca ketika di dalam kereta, LRT dan sebagainya.
2. Disertakan dengan terjemahan per-kata, tajwid, asbabunnuzul dan Quran Message Service.
3. Tulisan bersaiz sederhana berbanding Quran poket atau tulisan yang lebih kecil.
4. Bahasa yang digunakan mudah difahami, ringkas dan menarik.
5. Harga lebih rendah dari pasaran.

HARGA
1 unit untuk tujuan wakaf RM30
1 unit kegunaan sendiri RM33 (tidak termasuk kos penghantaran)

ORDER FORM

Sila pastikan stok masih ada sebelum pembayaran dibuat.

Kami akan beri butiran pembayaran melalui email/SMS. Pesanan akan disahkan selepas bukti pembayaran diterima.

Email: socialdakwah@gmail.com

Telefon/SMS: EN. AZIZI 011 1135 1035

Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada maklumat tambahan tentang keperluan Al-Quran yang akan dimanfaatkan di tempat Tuan/Puan.

Kita tak mampu angkat senjata saat agama Islam ditindas seluruh dunia namun Allah beri senjata paling agung kepada umat Nabi Muhammad SAW iaitu doa. Seandainya umat hari ini benar-benar mengamalkan Islam dalam kehidupan yakinlah dengan janji Allah, Islam akan bangkit sebelum tibanya hari akhir melalui doa yang penuh yakin terhadap Allah Taala.

Semoga dengan usaha kecil ini, kita dapat berkongsi pahala dan Allah redha dengan amalan kita dan moga-moga dengan usaha kecil ini juga hidayah Allah akan tersebar ke seluruh alam. InsyaAllah. Aamiin.

Admin @socialdakwah
tiny da’wah works via social media
https://socialdakwah.wordpress.com
@socialdakwah on instagram

Doa Bulan Rejab Satu Indikator

20130511-092420.jpg

Syukur Alhamdulillah dirafa’kan setinggi-tinggi kepada Allah Jadda Wa’ala kerana masih diberi peluang menikmati hidup dalam Islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ﷺ Syukuri nikmat yang tidak ternilai dari berjuta-juta nikmat Allah yang percuma. Antaranya nikmat iman.

Di dalam surah Ar-Rahman, berulang kali Allah tanyakan “فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ” yang bermaksud: “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” Maka bergetarlah hati seorang hamba Allah yang beriman mengenang dosa-dosanya yang dilakukan walhal Allah tetap memberi nikmat walau dosa dan kemungkaran itu seringkali dilakukan. Maka gugurlah airmata seorang pendosa tadi mengenangkan dosa-dosanya dan sifat Allah yang Maha Penyayang. Semoga airmata itu menjadi pemadam api neraka jahannam nanti.

Janji Allah itu pasti. Syurga Allah itu terlalu indah. Neraka Allah itu amat pedih siksaannya. Sementara Allah beri peluang hidup ini gunakanlah sebaiknya. Masa yang lepas takkan boleh kita dapatkan kembali. Masa yang berbaki entah berapa lama yang Allah beri. Marilah sama-sama kita buat persediaan menghadapi mati dengan perbanyakkan amalan-amalan wajib dan sunnah. Semoga dengan asbab amalan-amalan ini akan memberatkan timbangan amal di hari yang tiada pembela nanti, di hari yg mana mulut terpatri dan kulit jadi saksi.

Sampai kita pada tarikh 1 Rejab bermakna sediakan diri untuk Ramadhan yang bakal tiba. Kalau hari raya, 2-3 bulan dah tempah baju atau langsir. Itu baru dunia. Mungkin untuk dipakai setahun dua atau sepuluh tahun atau 50 tahun. Persediaan untuk kehidupan kekal abadi bagaimana? (Sy tny diri sendiri) Mari sama-sama kita latih, azam dan rancang supaya kita dapat beramal ibadah secara maksima di bulan Ramadhan yang bakal tiba. InsyaAllah. Bisikkan dalam diri, mungkin ini Ramadhan yang terakhir buatku.

Rejab satu indikator bahawa Ramadhan sudah hampir. Jom sediakan diri kita dengan berpuasa sunat, ganti puasa yang tertinggal, mulakan tahajud yang istiqamah, solat berjemaah bg org lelaki, solat-solat sunat rawatib, isyra’, dhuha dsb agar bila tiba Ramadhan nanti sesaat pun kita tak sia-siakan dgn perkara lagho. Allahumma amiin.

Bagaimana nak mula? Pilih suasana yang betul. Selalu pergi ke surau dan masjid. Duduk dalam majlis ilmu. Bergaul dengan orang-orang soleh. Kurangkan bercakap sia-sia. Sebenarnya banyak lagi. Untuk latih diri, beri masa sedikit duduk dan keluar bersama jemaah-jemaah yang ada di marhalah tuan-tuan/puan-puan. InsyaAllah. Kita berusaha dapatkan redha Allah, Dia akan buka jalan seluas-luasnya.

Sekian tulisan panjang sy hari ini. Terima kasih sudi baca. Allah yg gerakkan sy utk menulis dan hati anda utk baca sampai habis. Alhamdulillah. Moga dpt amalkan dan dikongsi dgn yg lain. InsyaAllah.

Aqulu qauli hadza wa astaghfirullah li wa lakum, subhanakallahumma wabihamdiks Asyhadu an laa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik. Assalammu’alaikum.

p/s: Selamat berpuasa kpd yg berpuasa. 🙂

20130511-093128.jpg

Doa Memohon Pemimpin Baik

20130504-040420.jpg

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, jangan Engkau beri kuasa ke atas kami, berpunca dari dosa-dosa kami, orang yang tidak takut akan Engkau, dan tidak kasihan akan kami”

Segalanya dari Allah. Pohonlah dari Yang Maha Penyayang. Allah pelihara orang-orang yang betaqwa. Maka peliharalah segala amal ibadah kita agar kita sentiasa jadi orang yang dikasihi Allah bukan orang yang lalai dan sesat yang dimurkai Allah.

Selamat mengundi. Tunaikan hak sebagai pengundi. Jangan pernah sesaat lupakan hak sebagai hamba Allah. Berakhlaklah dengan akhlak Rasulullah ﷺ yang menjadi medium dakwah yang paling efektif. Segalanya akan dinilai oleh Allah melalui niat. Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati-hati kita. Segala perbuatan, percakapan, tohmahan, pujian, janji-janji ketika ghairah perjuangkan parti masing-masing tidak terkecuali dari dicatit dlm buku catitan amal. Maka peliharalah kata-kata agar kita selamat dari azab Allah yang dahsyat, neraka. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Allah janjikan kejayaan dunia dan akhirat.

Semoga Allah bantu dan rahmati negara kita Malaysia. Apa yang penting, amal makruf nahi mungkar perlu berterusan hingga nafas yang terakhir. Pelihara generasi akan datang. Mohon Allah berikan hidayah kepada generasi muda agar masjid-masjid Allah dipenuhi dengan amal sepanjang masa. Bukan kelab malam, disko, pesta hiburan, mahupun kedai mamak yang dipenuhi dengan remaja Islam. Ingat, dunia ini tidak lain hanya senda gurau dan permainan. Akhirat yang kekal abadi. Persiapkanlah diri menghadapi kehidupan yang panjang.

Ingat, Allah yang cipta makhlukNya, Allah berhak mematikan makhlukNya bila-bila masa, Allah beri rezeki, Allah berhak cabut rezeki, Allah beri sihat, Allah berhak beri sakit. Allah itu “Khalik” iaitu Pencipta maka selain dari Allah ialah “makhluk” yakni yang dicipta. Tiada makhluk yang berkuasa dari PenciptaNya. Taatilah perintahNya. Jauhilah laranganNya.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

Selamat mengundi. Doa. Doa. Doa.

Bukan SPR yang tentukan kalah menang. Bukan pengundi yang tentukan siapa yang memimpin. Allah yang tentukan segalanya. Jika nak pemimpin yang adil dan baik, maka berlaku adil dan baik dengan Allah. Jaga solat, baca Al-Quran dan tinggalkan perkara sia-sia.

Semakin kita dekatkan diri dengan Allah, semakin kita tinggikan Allah, semakin kita rasa rendah kedudukan kita sebagai hamba Allah.

Wallahua’lam.

20130504-045041.jpg

Life is Like Film Photography

Life is like film photography. We can never reuse the wasted films but we'll do the best for the next shots and rolls. We only can see the results when the films developed. It's like our life. Our 'films' will be developed soon in akhirah. Have a good shots!

Life is like film photography. We can never reuse the wasted films but we’ll do the best for the next shots and rolls. We only can see the results when the films developed. It’s like our life. Our ‘films’ will be developed soon in akhirah. Have a good shots!