Update: Koleksi Kuliah, Ceramah & Tazkirah (MP3)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Allahumma Solli’Ala Sayidina Muhammad Wa’ala Alihi Wasohbihi Wabaraka Wasalam

Folder updated with new audio MP3 files. You may download here.

If you have any difficulties, please do not hesitate to leave a comment here or email us at socialdakwah@gmail.com

“Make things easier, do not make things more difficult, spread the glad tidings, do not hate.”
[Bukhari, Al-Ilm (Knowledge); 12]

Salam MaulidurRasul

Admin
socialdakwah
Instagram

Advertisements

Dakwah – Siri Kuliah Surau Bangi Perdana [Download Free]

Assalammu’alaikum Ayahanda Bonda Tuan-tuan Puan-puan

Sedikit perkongsian media yang sempat dirakam dalam beberapa siri kuliah di Surau Bangi Perdana. Semoga mendapat lebaikan dari perkongsian ini. Untuk makluman, majlis ilmu Surau Bangi Perdana diadakan seperti berikut:

1. Isnin – Ahad – Kuliah Maghrib (kecuali hari Khamis bacaan Yasin dan tahlil)
2. Sabtu & Ahad – Kuliah Subuh

Sekiranya Tuan Puan berkelapangan atau singgah di surau qariah kami, jemput hadir bersama-sama mengimarahkan taman syurga di dunia ini. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin :

“Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan”:

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : “Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

“Dari mana kalian datang ?”

Para malaikat menjawab : “Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu.”

Allah bertanya : “Apakah yang mereka minta ?”

Malaikat menjawab : “Mereka minta Syurga.”

Allah bertanya : “Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?”

Para Malaikat menjawab : “Belum pernah”

Allah bertanya : “Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?”

Para Malaikat menjawab : “Mereka juga mohon diselamatkan.”

Allah bertanya : “Mereka mohon diselamatkan dari apa ?”

Para Malaikat menjawab : “Dari Neraka-Mu.”

Allah bertanya : “Apakah mereka pernah melihat Neraka ?”

Para Malaikat menjawab : “Belum pernah”

Allah bertanya : “Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?”

Para Malaikat menjawab : “Mereka juga memohon ampun kepada-Mu.”

Allah berfirman : “Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan.”

Para Malaikat berkata : “Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka.”

Allah berfirman : “Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka.” (hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : “Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur’an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat).” ( Muslim)

Begitulah kepentingan majlis ilmu di dunia ini. Mudah-mudahan Allah beri kita taufiq dan hidayah dan istiqamah dalam menuju jalan yang diredhaiNya. Bukan jalan yang sesat. Wallahua’lam.

Dipetik dari blog Tuan Abu Yusoff

Klik link di bawah untuk download kuliah dalam format mp3:

1. Ustaz Rasyidi Jamil – 10 Muharram [Surau Bangi Perdana].mp3

2. Ustaz Hanafiah – Tentang Bulan [Surau Bangi Perdana]_2.mp3

3. Ustaz Hasnan Kasan – Surah Al-Isra' 12-15 [Surau Bangi Perdana].mp3

Seandainya ada kesilapan atau kekurangan komen dan cadangan oleh pihak Tuan/Puan amat dialu-alukan untuk memperbaiki usaha dakwah kecil kami ini. InsyaAllah.

Wassalam.