Program Cinta Quran 2015

Program Cinta Quran 2015 #PCQ2015 merupakan kesinambungan dari Program Waqaf Al-Quran yang pernah diadakan pada 2 tahun lepas (2013 & 2014). Sejumlah lebih kurang 1,500 mushaf Al-Quran telah diwaqafkan ke masjid, surau, KAFA, madrasah, rumah anak yatim yang telah dikenalpasti benar-benar memerlukan dan memanfaatkan kegunaan mushaf Al-Quran ini sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Singapura. Alhamdulillah. Semoga Allah Taala membalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

LATAR BELAKANG
Program yang telah dilaksanakan 2 tahun berturut-turut dicetuskan dari idea jemaah dari Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi setelah melihat sendiri beberapa surau dan tempat-tempat yang memerlukan Al-Quran khasnya di sekitar Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan untuk tujuan manfaat dalam pembelajaran dalam aspek memahami isi Al-Quran.

Kini kami di @socialdakwah ingin meneruskan amalan waqaf Al-Quran khas di bulan Ramadhan Syawal Zulqaedah & Zulhijjah 1436H pada tahun 2015 ini. InshaaAllah. Kami sengaja pilih khas bulan Ramadhan pada awalnya kemudian membesarkan cita-cita kami kpd 4 bulan berikutnya. Seterusnya sepanjang tahun. Maka diharapkan sokongan dan doa dari Tuan/Puan untuk kami tumpang pahala yang Tuan/Puan kongsikan.

OBJEKTIF
Matlamat kami ialah supaya setiap orang bermula dari kanak-kanak sehingga orang dewasa dapat membaca Al-Quran dan memahami maknanya sedikit sebanyak lantas memberi kesan yang bermanfaat bukan sahaja di bulan Ramadhan di mana bulan ini pintu-pintu rahmat dan keampunan dibuka malah diteruskan sampai bila-bila dan didakwahkan juga perkara ini kepada yang lain.

HARGA
SAIZ: A5
WAQAF: RM 35 (termasuk kos pengurusan)
BELI: RM 40 (tidak termasuk kos penghantaran)

SAIZ: A4
WAQAF: RM 45 (termasuk kos pengurusan)
BELI: RM 50 (tidak termasuk kos penghantaran)

ORDER Melalui WhatsApp +6011 1135 1035 atau email kepada socialdakwah@gmail.com

Semoga Allah Taala terima usaha kecil ini sebagai asbab kegembiraan di akhirat nanti. Amiin. Amiin. Amiin. Ya Rabbal’Alamiin. ikut kami di instagram: @socialdakwah tweet kami di twitter: @socialdakwah

ALJAMIL1

ALJAMIL2 ALJAMIL3 ALJAMIL4 ALJAMIL6 HIDAYAH1

HIDAYAH7 HIDAYAH5 HIDAYAH2 HIDAYAH4

Advertisements

Hari Kiamat dan Amalan yang Dihitung


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,


Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,


Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”


Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:


Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).


Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam kitab amalnya)!


Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam kitab amalnya)!

[Surah Al-Zalzalah]

Surah di atas menceritakan secara ringkas atau seakan-akan preview movie yang sering kita tonton di kaca tv yang mempunyai duration 30 saat (lebih kurang) menunjukkan bagaimana keseluruhan movie tersebut yang mungkin panjangnya 1 jam setengah atau 2 jam di panggung wayang. Didatangkan dengan effect letupan, banjir besar dan pelbagai bencana yang penuh suspen. Cukup menggerunkan jika dilihat di layar yang bersaiz 40 inci bersama home theatre yang surround system yang mampu menggegarkan sliding door jiran sebelah. 30 saat berlalu. Preview movie tadi meninggalkan tanda soal. Nak tahu jawapannya. Tunggu tayangannya pada tahun hadapan. Mungkin. Persediaannya: Book tiket online atau beratur di kaunter dan pilih tempat duduk. Siapa cepat dia dapat. Mungkin perlukan privacy bolehlah book Gold Class (mahal sikit lah). Nah tiba waktunya, duduk dan bersandar sambil mengunyah popcorn dan menyedut air berkarbonat. Penantian yang dulu berakhir sudah dengan tayangan 2 jam tadi. Mula berbincang dengan teman yang cerita itu bagus dan tidak kurang ada yang tidak bagus. Seakan pengkritik filem professional memberi hujah. Begitulah ulangannya dengan movie-movie yang lain.

Tapi ini adalah preview dari kalam Allah Taala untuk sekalian manusia. Hanya yang beriman akan mempercayai dan bersedia menghadapinya. Allah menceritakan tentang kejadian hari kiamat berulang kali di dalam Al-Quran. Surah ini adalah salah satu dari amaran Allah tentang hari pembalasan nanti. Movie rekaan manusia sudah kita anggap menggerunkan inikan pula kejadian yang benar-benar berlaku. Tak perlu tv 40 – 60 inci, tak perlu home theatre yang mampu menggegarkan sliding door jiran teangga. Nah lihat sendiri dengan mata dan dengar dengan telinga secara live. Suspennya berjuta kali ganda. MasyaAllah. Maha dahsyat kejadian Allah. Ini preview yang Allah bagi. Kejadian di sekeliling kita pada zaman ini sudah banyak menunjukkan kekuasaanNya ‘membersihkan’ satu kawasan yang penuh bangunan hanya dengan air laut yang dipanggil oleh manusia sang Tsunami. Tiada apa yang tinggal kecuali sebuah masjid yang kukuh berdiri dengan izin Allah. Bagi pendapat ana tiadalah Allah melindungi masjid tersebut dari dihanyutkan melainkan sebagai pengajaran buat mereka yang beriman bahawasanya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Sekiranya Dia menghendaki sesuatu maka jadilah ia.

Oh ya itu baru preview yang seakan 30 saat di kaca tv tadi. Sebenarnya ada 1 jam 59 minit 30 saat lagi. Itu movie di layar perak. Kejadian Allah sudah pasti jauh lebih hebat. Persoalannya jika movie yang hebat contohnya Transformers pasti ramai sudah beratur awal untuk membeli tiket atau book online untuk tidak terlepas jadi orang terawal dapat tonton filem itu. Walaupun filem itu ditayangkan berbulan-bulan. Allah juga memberi peluang kepada manusia untuk membeli ‘tiket VIP’ di hari akhirat nanti. Allah Taala mengutuskan Nabi Muhammad Solallahu’alaihiwasalam kepada kita umatnya yang diberitahu akan masuk syurga lebih awal dari umat terdahulu walaupun mereka (umat terdahulu) hidup beratus tahun berbanding dengan kita hanya 60++ kalau lebih banyak itulah bonus dari Allah Taala untuk beribadat. Rasulullah banyak memberitahu peluang beribadah kepada kita melalui hadis-hadis Baginda dari sebesar-sebesar ibadah seperti mengerjakan haji sehingga sekecil-kecil ibadah seperti contoh mempunyai niat yang baik di dalam hati kerana Allah Taala. Itu semua ibarat booking tiket awal untuk masuk ke syurga bersama-sama Rasulullah yang hanya Baginda yang boleh memberi syafaat kepada umatnya. Lagi contoh lain seperti berpuasa di hari-hari istimewa yang digalakkan berpuasa sperti contoh 9 dan 10 Muharram, 3 hari sebulan (hijrah), Isnin dan Khamis dan lain-lain. Ibadah harian seperti solat berjemaah yang melipatgandakan collective point pahala kita, solat-solat sunat yang menghapus dosa-dosa kecil kita, bangun di tengah malam bertahajjud untuk additional bonus point dari Allah. Meninggalkan pembaringan (tempat tidur) semata-mata untuk bersujud kepada Allah Taala. Allah appreciate perngorbanan kita tu sehingga termaktub di dalam Al-Quran:


Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [Surah Al-Isra’ Ayat 79]

Banyak lagi ibadah yang boleh membawa kepada penambahan pahala yang berlipat ganda namun manusia ini sombong dengan Allah setelah nikmat yang diberi kepadanya dan hanya mengingatinya di saat hiba dan dilanda kesusahan. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan ini. Semoga Allah mengurniakan hati yang tetap dengan iman dan taqwa kepadaNya. Itulah sebahagian dari peluang yang Allah telah berikan kepada kita umat Nabi Muhammad Solallahu’alaihiwasalam yang dikasihi oleh Baginda Rasulullah. Adakah kita mencintai Rasulullah sepertimana Baginda merisaukan keadaan umatnya di akhir zaman ini? Atau kita masih melebihkan pemain bolasepak atau badminton dari sunah Baginda seperti solat berjemaah di surau dan masjid? Atau kita mementingkan drama cinta di kaca tv dengan pelakon pujaan mengatasi menghadiri majlis-majlis ilmu atau membaca Al-Quran? Jawapan itu ada pada kita sendiri. Sejauh mana kecintaan kita kepada Rasulullah dan ketaatan kita kepada Allah Taala.

Akhirnya ana ingin mengingatkan diri ana sendiri dan pembaca entri ini supaya sentiasa mengingati mati dan hari pembalasan di mana segala amal perbuatan akan dihitung walau ia sebesar zarah. MasyaAllah. Ini usaha kecil ana semoga sebesar zarah itu diterima oleh Allah Taala. Mohon sebarkan sekiranya Tuan/Puan sudi ingin berkongsi pahala dengan ana. Semoga Allah pertemukan kita di syurga Allah nanti. InsyaAllah.

Sekian entri untuk kali ini dan ana ada berkongsi link di bawah untuk Tuan/Puan download sebagai ‘hadiah’ sudi scroll entri ana yang panjang ini. 🙂 Download dan simpan dalam MP3 atau burn dalam CD andai perjalanan jauh bersama kluarga pasanglah dlm kereta atau ketika traffic jam boleh sejukkan hati yang sedang panas itu 😉 Sekiranya antum membuat perniagaan darinya ana harapkan supaya infakkanlah sebahagiaan dari hasil jualan ke jalan Allah. Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua.

Seandainya ada kesilapan harap ditegur demi kebaikan bersama. Ana cuma sebagai hamba yang menyampaikan dakwah demi memperkasa agama yang kita sanjung Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat serta para alim ulama sehingga dapat kita nikmati pada hari ini. InsyaAllah.

Kita sudahi perkongsian ini dengan tasbih kafarah:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاََإِلَهَ إِلاَّ أَنْتََأسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Wabillahitaufiqwalhidayah Wassalammu’alaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Klik Di Sini Untuk Folder Koleksi Kuliah Agama MP3

Tekan button ‘share’ utk share jika sudi 🙂