PROGRAM CINTA QURAN 2014

Assalammualaikum

Program Cinta Quran merupakan kesinambungan dari Program Waqaf Al-Quran yang pernah diadakan pada tahun lepas (2013). Sejumlah lebih kurang 400 mushaf Al-Quran telah diwaqafkan ke masjid, surau, KAFA, madrasah, rumah anak yatim yang telah dikenalpasti benar-benar memerlukan dan memanfaatkan kegunaan mushaf Al-Quran ini sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Singapura. Alhamdulillah. Semoga Allah Taala membalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

LATAR BELAKANG
Program ini dilancarkan secara persendirian bersama beberapa jemaah dari Surau Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi setelah melihat sendiri beberapa surau dan tempat-tempat yang memerlukan Al-Quran khasnya di sekitar Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan untuk tujuan manfaat dalam pembelajaran.

Setelah beberapa perbincangan dan proses, kami telah bersetuju menggandakan usaha ini dengan membuka peluang kepada orang awam untuk menambah amal jariah terutama dalam bulan Ramadhan ini.

HARGA
Kami telah naikkan harga bagi senaskhah Al-Quran disebabkan peningkatan perbezaan matawang asing dan kos pengangkutan (logistik) yang turut naik harga. Walaubagaimanapun, harga yang kami tawarkan lebih murah dari pasaran untuk tujuan waqaf. Bukan untuk bersaing dengan mana-mana pengusaha namun untuk mencapai tahap ‘mampu-sedekah’ dan ‘mampu milik’ bagi setiap orang.

OBJEKTIF
Matlamat kami ialah supaya setiap orang bermula dari kanak-kanak sehingga orang dewasa dapat membaca Al-Quran dan memahami maknanya sedikit sebanyak lantas memberi kesan yang bermanfaat bukan sahaja di bulan Ramadhan di mana bulan ini pintu-pintu rahmat dan keampunan dibuka malah diteruskan sampai bila-bila dan didakwahkan juga perkara ini kepada yang lain.

Islam akan jadi kuat semula setelah umatnya mempraktikkan agama dalam kehidupan secara menyeluruh. Semua ini telah diterangkan dalam Al-Quran. Oleh itu amatlah penting mentadabbur Al-Quran iaitu membaca dan memahami maknanya. Mudah-mudahan usaha kecil ini membawa perubahan yang besar kepada suasana sekeliling kita suatu hari nanti.

SPECS
Al-Quran yang kami tawarkan mempunyai 2 jenis iaitu ALJAMIL dan ALHIDAYAH didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu A5 dan A4.

– Khat Utsman Thaha Standar Kemenag RI
– 5 Tajwid Warna
– Terjemahan Per Kata
– Terjemahan Per Ayat
– Terjemahan Bahasa Inggeris (ALJAMIL)
– Asbabun Nuzul
– Tesaurus
– Panduan Ilmu Tajdid Praktis
– Ulumul Quran
– Sejarah Kodifikasi Al Quran
– Indeks Doa dalam Al Quran
– Panduan Etika Membaca Al Quran
– Indeks Alfabet
– Kertas QPP
– Dilengkapi dengan 3 penanda berlainan warna
– handy size (A5)
– ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
– boleh dibaca ketika dalam LRT, kereta dan dalam safar (perjalanan)

A5 RM35 (waqaf)
A5 RM38 (COD – Bangi, Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Sri Petaling)
A5 RM45 (termasuk kos penghantaran)

A4 RM45 (waqaf)
A4 RM48 (COD – Bangi, Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Sri Petaling)
A4 RM55 (termasuk kos penghantaran)

ALJAMIL1 ALJAMIL2 ALJAMIL3 ALJAMIL4 ALJAMIL6 HIDAYAH1 HIDAYAH7 HIDAYAH5 HIDAYAH2 HIDAYAH4

ORDER
Melalui WhatsApp +60182062608 admin socialdakwah

Semoga Allah Taala terima usaha kecil ini sebagai asbab kegembiraan di akhirat nanti.

Amiin. Amiin. Amiin. Ya Rabbal’Alamiin.

ikut kami di instagram: @socialdakwah
tweet kami di twitter: @socialdakwah

Handy Sized Al-Quran – Online Order

Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sedar tak sedar kita bakal meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan dan keampunan. Semoga kita bakal dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

Kesinambungan dari program wakaf Al-Quran lepas maka diharapkan semua yang terlibat mendapat manfaat dan ganjaran dari Allah Taala. Teruskanlah mentadabbur Al-Quran serta berusaha mengamalkan seluruh isi Al-Quran.

Stok Al-Quran Al-Hidayah masih lagi dalam stok simpanan kami dan kami jual dengan harga sama iaitu RM33 sahaja senaskah (tidak termasuk kos penghantaran). Harga pasaran RM50. Hubungi kami untuk pesanan atau sebarang pertanyaan melalui email atau telefon di bawah.

AL-HIDAYAH

AL-HIDAYAH INSIDE (1)

AL-HIDAYAH INSIDE (3)

AL-HIDAYAH INSIDE (2)

KELEBIHAN
1. Mushaf ini bersaiz sama (separuh A4) handy-size, mudah dibawa ke mana-mana dan disimpan di dalam bag. Boleh dibaca ketika di dalam kereta, LRT dan sebagainya.
2. Disertakan dengan terjemahan per-kata, tajwid, asbabunnuzul dan Quran Message Service.
3. Tulisan bersaiz sederhana berbanding Quran poket atau tulisan yang lebih kecil.
4. Bahasa yang digunakan mudah difahami, ringkas dan menarik.
5. Harga lebih rendah dari pasaran.

HARGA
1 unit untuk tujuan wakaf RM30
1 unit kegunaan sendiri RM33 (tidak termasuk kos penghantaran)

ORDER FORM

Sila pastikan stok masih ada sebelum pembayaran dibuat.

Kami akan beri butiran pembayaran melalui email/SMS. Pesanan akan disahkan selepas bukti pembayaran diterima.

Email: socialdakwah@gmail.com

Telefon/SMS: EN. AZIZI 011 1135 1035

Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada maklumat tambahan tentang keperluan Al-Quran yang akan dimanfaatkan di tempat Tuan/Puan.

Kita tak mampu angkat senjata saat agama Islam ditindas seluruh dunia namun Allah beri senjata paling agung kepada umat Nabi Muhammad SAW iaitu doa. Seandainya umat hari ini benar-benar mengamalkan Islam dalam kehidupan yakinlah dengan janji Allah, Islam akan bangkit sebelum tibanya hari akhir melalui doa yang penuh yakin terhadap Allah Taala.

Semoga dengan usaha kecil ini, kita dapat berkongsi pahala dan Allah redha dengan amalan kita dan moga-moga dengan usaha kecil ini juga hidayah Allah akan tersebar ke seluruh alam. InsyaAllah. Aamiin.

Admin @socialdakwah
tiny da’wah works via social media
https://socialdakwah.wordpress.com
@socialdakwah on instagram

Dakwah – Siri Kuliah Surau Bangi Perdana [Download Free]

Assalammu’alaikum Ayahanda Bonda Tuan-tuan Puan-puan

Sedikit perkongsian media yang sempat dirakam dalam beberapa siri kuliah di Surau Bangi Perdana. Semoga mendapat lebaikan dari perkongsian ini. Untuk makluman, majlis ilmu Surau Bangi Perdana diadakan seperti berikut:

1. Isnin – Ahad – Kuliah Maghrib (kecuali hari Khamis bacaan Yasin dan tahlil)
2. Sabtu & Ahad – Kuliah Subuh

Sekiranya Tuan Puan berkelapangan atau singgah di surau qariah kami, jemput hadir bersama-sama mengimarahkan taman syurga di dunia ini. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin :

“Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan”:

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : “Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

“Dari mana kalian datang ?”

Para malaikat menjawab : “Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu.”

Allah bertanya : “Apakah yang mereka minta ?”

Malaikat menjawab : “Mereka minta Syurga.”

Allah bertanya : “Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?”

Para Malaikat menjawab : “Belum pernah”

Allah bertanya : “Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?”

Para Malaikat menjawab : “Mereka juga mohon diselamatkan.”

Allah bertanya : “Mereka mohon diselamatkan dari apa ?”

Para Malaikat menjawab : “Dari Neraka-Mu.”

Allah bertanya : “Apakah mereka pernah melihat Neraka ?”

Para Malaikat menjawab : “Belum pernah”

Allah bertanya : “Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?”

Para Malaikat menjawab : “Mereka juga memohon ampun kepada-Mu.”

Allah berfirman : “Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan.”

Para Malaikat berkata : “Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka.”

Allah berfirman : “Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka.” (hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : “Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur’an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat).” ( Muslim)

Begitulah kepentingan majlis ilmu di dunia ini. Mudah-mudahan Allah beri kita taufiq dan hidayah dan istiqamah dalam menuju jalan yang diredhaiNya. Bukan jalan yang sesat. Wallahua’lam.

Dipetik dari blog Tuan Abu Yusoff

Klik link di bawah untuk download kuliah dalam format mp3:

1. Ustaz Rasyidi Jamil – 10 Muharram [Surau Bangi Perdana].mp3

2. Ustaz Hanafiah – Tentang Bulan [Surau Bangi Perdana]_2.mp3

3. Ustaz Hasnan Kasan – Surah Al-Isra' 12-15 [Surau Bangi Perdana].mp3

Seandainya ada kesilapan atau kekurangan komen dan cadangan oleh pihak Tuan/Puan amat dialu-alukan untuk memperbaiki usaha dakwah kecil kami ini. InsyaAllah.

Wassalam.