Doa Bulan Rejab Satu Indikator

20130511-092420.jpg

Syukur Alhamdulillah dirafa’kan setinggi-tinggi kepada Allah Jadda Wa’ala kerana masih diberi peluang menikmati hidup dalam Islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ﷺ Syukuri nikmat yang tidak ternilai dari berjuta-juta nikmat Allah yang percuma. Antaranya nikmat iman.

Di dalam surah Ar-Rahman, berulang kali Allah tanyakan “فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ” yang bermaksud: “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” Maka bergetarlah hati seorang hamba Allah yang beriman mengenang dosa-dosanya yang dilakukan walhal Allah tetap memberi nikmat walau dosa dan kemungkaran itu seringkali dilakukan. Maka gugurlah airmata seorang pendosa tadi mengenangkan dosa-dosanya dan sifat Allah yang Maha Penyayang. Semoga airmata itu menjadi pemadam api neraka jahannam nanti.

Janji Allah itu pasti. Syurga Allah itu terlalu indah. Neraka Allah itu amat pedih siksaannya. Sementara Allah beri peluang hidup ini gunakanlah sebaiknya. Masa yang lepas takkan boleh kita dapatkan kembali. Masa yang berbaki entah berapa lama yang Allah beri. Marilah sama-sama kita buat persediaan menghadapi mati dengan perbanyakkan amalan-amalan wajib dan sunnah. Semoga dengan asbab amalan-amalan ini akan memberatkan timbangan amal di hari yang tiada pembela nanti, di hari yg mana mulut terpatri dan kulit jadi saksi.

Sampai kita pada tarikh 1 Rejab bermakna sediakan diri untuk Ramadhan yang bakal tiba. Kalau hari raya, 2-3 bulan dah tempah baju atau langsir. Itu baru dunia. Mungkin untuk dipakai setahun dua atau sepuluh tahun atau 50 tahun. Persediaan untuk kehidupan kekal abadi bagaimana? (Sy tny diri sendiri) Mari sama-sama kita latih, azam dan rancang supaya kita dapat beramal ibadah secara maksima di bulan Ramadhan yang bakal tiba. InsyaAllah. Bisikkan dalam diri, mungkin ini Ramadhan yang terakhir buatku.

Rejab satu indikator bahawa Ramadhan sudah hampir. Jom sediakan diri kita dengan berpuasa sunat, ganti puasa yang tertinggal, mulakan tahajud yang istiqamah, solat berjemaah bg org lelaki, solat-solat sunat rawatib, isyra’, dhuha dsb agar bila tiba Ramadhan nanti sesaat pun kita tak sia-siakan dgn perkara lagho. Allahumma amiin.

Bagaimana nak mula? Pilih suasana yang betul. Selalu pergi ke surau dan masjid. Duduk dalam majlis ilmu. Bergaul dengan orang-orang soleh. Kurangkan bercakap sia-sia. Sebenarnya banyak lagi. Untuk latih diri, beri masa sedikit duduk dan keluar bersama jemaah-jemaah yang ada di marhalah tuan-tuan/puan-puan. InsyaAllah. Kita berusaha dapatkan redha Allah, Dia akan buka jalan seluas-luasnya.

Sekian tulisan panjang sy hari ini. Terima kasih sudi baca. Allah yg gerakkan sy utk menulis dan hati anda utk baca sampai habis. Alhamdulillah. Moga dpt amalkan dan dikongsi dgn yg lain. InsyaAllah.

Aqulu qauli hadza wa astaghfirullah li wa lakum, subhanakallahumma wabihamdiks Asyhadu an laa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik. Assalammu’alaikum.

p/s: Selamat berpuasa kpd yg berpuasa. 🙂

20130511-093128.jpg